#PRKBalingian HASRAT PEMIMPIN PEMBANGKANG SEMENANJUNG DATANG KE SARAWAK KINI SEMAKIN TIPIS



Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem mengingatkan pemimpin pembangkang yang kerap membuat ‘onar’ dan perlakuan tidak senonoh sehingga boleh memecah-belah perpaduan rakyat Sarawak tidak akan dibenarkan memasuki Sarawak.

Ini kerana Sarawak mempunyai hak bagi menghalang pemimpin pembangkang yang mempunyai rekod dipenjara dan pencetus kepada kekecohan melampau kaum dan agama sehingga mengakibatkan timbul bibit-bibit kebencian.

Kenyataan Adenan ini bukan bermaksud beliau angkuh tetapi sebaliknya bertujuan untuk menjaga kemakmuran dan keamanan negeri adalah sebahagian daripada tugasnya sebagai Ketua Menteri.

“Saya bukan angkuh tetapi sebagai Ketua Menteri tanggungjawab utama saya ialah melindungi keamanan dan keharmonian di negeri ini.

“Saya juga mempunyai senarai nama mereka yang bersikap sebegini (pembuat kacau, pelampau kaum dan agama) dan saya berhasrat untuk menambah senarai nama itu bagi menghalang lebih ramai pembuat kacau,” ujarnya.

Ketegasan terbaru ini memberikan gambaran bahawa hasrat beberapa pemimpin PKR dan pembangkang yang akan hadir ke Balingian ini sebagai usaha memberikan sokongan kepada calon PKR sebaik selesai #PRKKajang.

Harus diingat bahawa Sarawak juga mempunyai kuasa imigresen untuk menghalang kemasukan golongan tersebut.

Perkara ini pernah berlaku dalam PRN Sarawak 2011 di mana kehadiran pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang bukan sahaja menimbulkan kekacauan bahkan mencetuskan pergaduhan.

Insiden di mana penyokong PKR dari Semenanjung yang menyamar sebagai media dan cubaan untuk memasuki dewan pengundian dan telah dikesan serta cuba menumbuk Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadilah Yusof.


Perlakuan itu telah mendapat liputan meluas media online dan televisyen serta akhbar sehingga majoriti rakyat Sarawak mahu kerajaan negeri bertindak tegas terhadap penyokong PKR dan pembangkang dari Semenanjung agar tidak terus menimbulkan kekecohan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger