#PRKBalingian CERAMAH MENTERI BESAR SELANGOR KHALID IBRAHIM JALAN TERAKHIR PKR DI DUN BALINGIAN


Kehadiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kempen ceramah PKR dua hari sebelum hari pembuangan undi DUN Balingian sedikit sebanyak meredakan ketegangan dan kegelisahan pemimpin PKR Sarawak.

Ini ekoran penahanan beberapa pemimpin PKR yang ‘hardcore’ dengan tidak dibenarkan memasuki Sarawak tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan kerajaan Negeri Sarawak.

Seperti biasa Khalid Ibrahim yang kini tidak sehaluan dengan kepimpinan PKR Pusat cuba untuk meraih sokongan pengundi DUN Balingian dengan mengadakan ceramah PKR di Boulevard City di hadapan kira-kira 200 orang dengan kebanyakannya pemimpin dan petugas PKR dan DAP serta PAS dari luar kawasan Mukah.

Menjadi kebiasaan pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang Selangor akan menjual ‘ubat’ yang telah dijanjikan kerajaan Negeri Selangor kepada rakyatnya semasa PRU 2008 dan PRU 2013 lepas.

Cerita lama berulang kembali dengan mengatakan kerajaan Negeri Selangor prihatin kepada rakyatnya dengan menunaikan janji-janji manifesto pada pilihan raya.

Biarpun ucapan Khalid Ibrahim tidak sepedas pemimpin-pemimpin hardcore PKR namun jika diselidiki ia mampu meracuni penduduk DUN Balingian.

Tidak semudah itu penduduk DUN Balingian diperbodohkan kerana apa yang berlaku di Semenanjung khususnya Negeri Selangor juga diketahui penduduk Mukah ini dengan jaringan telekomunikasi yang baik.

Kehadiran Khalid Ibrahim di Mukah semalam juga menarik perhatian beberapa wartawan tempatan yang mahukan penjelasan mengenai hubungan beliau dengan pemimpin PKR Pusat seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang dikatakan renggang ekoran tindakannya menandatangani Perjanjian Langat 2 yang sangat tidak dipersetujui pemimpin Pakatan Pembangkang Selangor.


Begitupun, seperti mana sikapnya sekarang Khalid tidak keberatan memberikan reaksi dengan soalan-soalan pedas yang boleh menjejaskan pemilihan PKR yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
April 3, 2014 at 9:36 AM

1. Ketua Menteri Sarawak Pertama Datuk Stephen Kalong Ningkan (Suara Majoriti Bangsa Iban/Dayak), 2. Ketua Menteri Sarawak Kedua Datuk Tawi Sli (Suara Majoriti Bangsa Iban/Dayak), 3. Ketua Menteri Sarawak Ketiga Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yakub (Suara Minoriti Suku Melanau), 4. Ketua Menteri Sarawak Keempat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud(Suara Minoriti Suku Melanau),5. Ketua Menteri Sarawak Kelima Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem(Suara Minoriti Suku Melanau). Jadi Bangsa Melayu di Sarawak Tidak Wujud Bila Kah Giliran Bangsa Melayu Jadi Ketua Menteri Sarawak. Hairan dan pelik kenapa Sarawak boleh dikuasai Suku Minoriti Melanau kerana pintar menipu , kerana bijak sang kancil menipu buaya. Tapi buaya-buaya di Sarawak sekarang semuanya sudah pintar dan pandai, jadi semua penipuan2 oleh suku Melanau terutama Taib Mahmud akan terbongkar nanti dan insyallah wabiiznillahitaala Taib Mahmud akan didakwa dipenjara dan semua duit/hartanya akan disita/dirampas akan menjadi milik negara/Sarawak. ok itulah berita terkini berita baik untuk semua rakyat Sarawak ok.tq

Anonymous
April 3, 2014 at 9:39 AM

I like it's good news for Sarawak Peoples. All the best God Bless You Ameen. Thanks you

Anonymous
April 3, 2014 at 9:42 AM

Kalau Bangsa Melayu Tidak Dapat Jadi Ketua Menteri Sarawak, Ayoh semua bangsa Melayu Sarawak kita Sokong Bangsa Iban Jadi Ketua Menteri Sarawak, ayoh kita beramai-ramai buat sokong dalam PRU Sarawak akan datang, Pastikan PR dapat sokongan majoriti Bangsa Iban Pastilah Jadi Ketua Menteri Sarawak membawa kebaikan kesejahteraan untuk semua okay

Anonymous
April 3, 2014 at 10:09 AM

Anak2 Jati Sarawak Susah Mahu Dapat Biasiswa atau Biaya Pengajian, kalau minta biasiswa macam2 benda perkara yang diminta oleh Petugas Hadapan Kaunter Hadapan Yayasan Sarawak minta surat tanah, surat rumah dll lagi ada tidak memiliki harta untuk sokongan pinjaman atau biasiswa. Biasiswa atau pinjaman susah payah mahu dapat terkecuali lah kamu awak ada orang dalam yang ada hubung kait dengan pekerja2 Yayasan Sarawak barulah senang dapat. Kalau dapat pun berapalah sangat jumlahnya. Mana pergi harta benda wang ringgit milik Yayasan Sarawak selama ini seperti kawasan pembalakan dari dulu hidup sekarang mana pergi hasil mahysul itu semua, memanglah Pengerusi Yayasan Sarawak pasti dan mesti tahu kemana pergi habis semua itu dibelanjakan atau diagihkan kepada siapa2 yang berkaitan, itu adalah hak rakyat jati Sarawak yang telah diselewengkan, kemana keselewengkan?, kemana disalurkan?, mana hak2 pelajar2 anak jati Sarawak ini yang patut diperjuangkan bukan perjuangan untuk membina Empayar Perniagaan Keluarga seperti Taib Mahmud dan kroni2nya. Ayoh bangkit2lah anak2 jati Sarawak perjuangkan hak2 kita semua okay.

Anonymous
April 3, 2014 at 10:23 AM

Saya pernah bersekolah di SMK SRI Aman Simanggang. Saya betul2 iri hati dan dengki lihat pelajar2 Yayasan Sabah anak jati Sabah. Mereka hidup mewah senang dengan segala bantuan biasiswa dari Yayasan Sabah. Kenapa kita pelajar2 anak2 jati Sarawak tidak seperti itu terlalu daif keadaan pelajar2 Yayasan Sarawak kalau dibandingkan dengan pelajas2 Yayasan Sarawak. Malah seperti yang dimaklumkan oleh anak2 pelajar kita di Universitas Sumatera Utara, kalau anak2 jati Sabah walapun dapat pointer 2.5 ke bawah pun masih dapat enjoy bantuan baitulmal dan bantuan yayasan sabah. Kenapa nasib tidak menyebelahi anak2 pelajar dari Sarawak? Hasil banyak untung banyak, peruntukan banyak setiap tahun dari Persekutuan untuk Kerajaan Sarawak, kesihan atau kasihan, kesian lah dengan pelajar2 Sarawak terutamanya anak2 pelajar2 jati Orang Sarawak, wahai pemimpin2 terutama2nya Pemimpin Islam Sarawak2 dan Ketua Menteri Sarawak sedarlah nasib2 anak2 pelajar2 jati anak2 Sarawak, ini adalah pelaburan dunia akhirat untuk pemimpin Islam Sarawak dan Juga menjadi kenangan2 untuk pemimpin bukan Islam berjuanglah untuk anak2 jati Sarawak terutama pelajar2 dari Sarawak yang belajar di Universiti2 Di Malaysia atau Di Luar Malaysia. okay

Anonymous
April 3, 2014 at 10:25 AM

Good try do the best for Peoples of Sarawak expecially for "Pelajar2 Jati Anak2 Sarawak" All the best for you peoples of Sarawak

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger