#PRKBalingian CALON BN WAJAR CONTOHI CALON PKR DALAM BERKEMPEN


Memasuki hari ke-7 kempen #PRKBalingian di DUN Balingian menyaksikan calon PKR, Abdul Jalil bin Bujang mendominasi dari segi corak kempen berbanding calon BN, Yusshibnosh bin Balo.

Biarpun daripada sokongan calon BN lebih ke hadapan, tetapi daripada segi teknik dan taktik kempen calon PKR berada ditangga ke atas.

PKR telah mengalami pelbagai macam bentuk kempen sehingga ada yang tidak mendapat sambutan daripada penduduk malah terpaksa keluar daripada tempat kerana tidak diterima penduduk. Itulah asam garam politik yang telah dilalui PKR sebagai parti pembangkang.

Berbeza dengan BN yang menganggap sangat selesa untuk menang dalam PRK DUN N.51 Balingian hingga mengabaikan cara dan corak kempen yang masih menggunakan teknik lama.

Dengan kekuatan yang ada pada BN dan dibantu dengan sokongan ahli-ahli parti PBB di DUN Balingian dan sekitarnya serta Wanita PBB dan Pemuda PBB peringkat negeri seharusnya perjalanan kempen BN mengatasi calon PKR.

PKR yang merupakan parti underdog tidak sesekali memandang rendah terhadap keupayaan BN yang diyakini sangat kuat, tetapi masih boleh dikalahkan seperti mana yang ditunjukkan dalam PRU-13 lepas.

Sebarang kelemahan yang terungkai daripada calon dan penyokong BN pasti akan menjadi senjata utama untuk ‘menyerang’ BN yang sinonim dengan budaya kempen tradisional mereka.

Atas sebab itu juga, PKR akan membawa Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim bersama isterinya, Wan Azizah yang kini sedang bertarung di PRK DUN Kajang.

Tidak cukup dengan itu, PKR juga akan membawa calon Ketua AMK Malaysia, Nik Nazmi bersama beberapa orang pemimpin PKR daripada Semenanjung Malaysia untuk berkempen di Balingian.


Pastinya minggu depan kempen kedua-dua calon BN dan PKR akan lebih menarik dan lebih panas sesuai dengan cuaca di DUN Balingian ini yang panas.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger