#PRKBalingian BN TUNAI JANJI LETAK CALON MELANAU-KRISTIAN DI DUN BALINGIAN


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Pengerusi BN bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah mengumumkan Yossibnosh Balo sebagai calon BN-PBB bagi kawasan DUN N.51 Balingian bertempat di Dewan Suarah Mesra, Mukah, petang tadi.

Muhyiddin dalam ucapannya mengatakan pencalonan Yossibnosh Balo yang juga Melanau-Kristian merupakan kehendak bekas Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Ini susulan daripada persefahaman perjanjian BN-PBB yang telah dibuat sekian lama dalam mengemukakan pencalonan bagi kawasan Parlimen Mukah dan DUN Balingian dan DUN Dalat.

BN tidak akan sesekali menidakkan PRK dan menyifatkannya sebagai mempunyai pengertian yang besar dalam memilih wakil rakyat dan memberikan perkhidmatan yang terbaikbuat rakyat.

Perjuangan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud terhadap pembangunan Balingian amat banyak sehingga memberikan Mukah kelebihan dari segi kemajuan pada masa akan datang.


Mengenai calon BN, Muhyiddin Yassin menyifatkan beliau seorang yang mudah diterima rakyat berdasarkan pekerjaannya sebelum ini sebagai Pegawai Daerah Dalat.

Demi meneruskan agenda pembangunan yang dicorakkan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebelum ini, calon BN itu akan memastikan ianya berjalan lancar sejajar dengan kemajuan yang bakal dihadapi Balingian dan Mukah hasil kemasukan SCORE.

Dengan jumlah pengundi sebanyak 13,366 pengundi yang terdiri daripada majoritinya Islam sebanyak 42% manakala Kristian sebanyak 32% dan tiada agama 23%.

Untuk itu, peluang untuk BN menang pada PRK Balingian kali ini amat cerah, tetapi mahukan manjoriti bertambah sebanyak 6,000 undi berbanding sebelum ini sebanyak 5,000 undi.

Seperti diduga, PKR akan cuba menampilkan calon yang terkuat yang ada pada mereka dalam usaha memecah tembok BN-PBB sejak sekian lama di DUN Balingian.


Sehubungan itu, pengundi di Balingian digesa untuk terus menyokong BN pada PRK kali ini bagi meneruskan agenda pembangunan di Sarawak khususnya di DUN Balingian.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger