#PRKBalingian BN MUKAH KETANDUSAN IDEA UNTUK BERKEMPEN DI DUN BALINGIAN


Memasuki saat genting ini, kempen politik PKR lebih ke hadapan dengan menggunapakai strategi ‘re attack’ berbanding BN yang masih menggunakan jalan selamat.

Biarpun rakyat Sarawak terkenal dengan sikap lemah lembutnya, tetapi dengan kemasukan beberapa pemimpin DAP yang merupakan ADUN DAP di Perak dan Negeri Sembilan serta terjemahan kepada strategi kempen baharu.

Malam tadi Ceramah Perdana PKR yang menghimpunkan beberapa pemimpin PKR Sarawak dan Pakatan Pembangkang Sarawak serta dibantu pemimpin Pakatan Pembangkang dari Semenanjung secara terus menerus menghentam Kerajaan BN di hadapan kira-kira 300 hadirin yang hadir.

Biarpun jumlah itu tidak ramai, tetapi teknik yang mereka gunakan amat berkesan dan dibantu dengan penyebaran media sosial bagi menghebahkan intipati ceramah mereka malam tadi.

Lebih menyedihkan tiada sebarang kempen ceramah daripada BN seperti mana yang dilakukan PKR pada malam tadi. Mungkin mereka berasakan kemenangan sudah menjadi milik BN dan sebab itu tidak memerlukan kempen sebegitu rupa.

Tahniah kepada PKR kerana telah berjaya ‘menghentam’ BN dalam tempoh 3 jam bermula dengan ucapan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan disusuli dengan ceramah daripada pemimpin Pakatan Pembangkang yang lain.

Selepas ini difahamkan PKR dan Pakatan Pembangkang akan melakukan ceramah mengikut Daerah Mengundi dengan mensasarkan setiap kawasan yang telah dilawati BN pada minggu lepas dan sebelum ini.

Demikian juga PKR akan menggunapakai kempen tradisional seperti mana yang dilakukan BN seperti kempen dari rumah ke rumah yang sangat berkesan.

Malah, PKR juga telah menyebarkan risalah kempen mereka yang memfokuskan kepada kekurangan pembangunan.

Manakala, di pihak BN suatu risalah kempen pun tidak ada melainkan melakukan aktiviti lapangan sahaja.

Seharusnya BN perlu belajar daripada PKR dan Pakatan Pembangkang bagaimana berkempen politik.


Jika tidak, bagaimana hendak mempertahankan kemenangan dalam PRN Sarawak Ke-11 akan datang?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger