#PRKBalingian ANWAR IBRAHIM HANYA SEMPAT BERUCAP KURANG 15 MINIT DI BALINGIAN


Jadual kempen bagi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di Balingian tergendala ekoran banyak faktor yang menyebabkan jadual asal banyak dipinda.

Bermula dengan beberapa pemimpin PKR Pusat yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan dihantar pulang terus ke Kuala Lumpur ekoran arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Antara pemimpin PKR Pusat yang tidak dibenarkan masuk dan dihantar pulang ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin dan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi.

Begitupun, Anwar dibenarkan masuk ke Sarawak sebagai menghormati beliau yang akan duduk di dalam penjara selama 5 tahun akan datang ini bagi menjalani hukuman meliwat.

Akibatnya, Anwar yang datang ke Sibu pada jam 4.00 petang di Lapangan Terbang Sibu hanya sebab meluangkan masa kira-kira 30 minit dalam aktiviti kempen di sebuah Rumah Panjang di Balingian.

Sebaik sahaja tamat program di Rumah Panjang Balingian, Anwar bersama calon PKR dan rombongan segera ke tapak ceramah di hadapan Boulervard City di mana ketika kira-kira 100 orang yang hadir kebanyakannya petugas dan penyokong PKR.

Dengan masa yang singkat, Anwar memberi sedikit ucapan di hadapan penyokong dan petugas PKR yang datang dari segenap bahagian dan pelusuk daerah dalam memberi kata-kata peransang dalam membantu kempen PKR di PRK Balingian.

Ucapan Anwar lebih menjurus keadaan yang terpaksa beliau hadapi sepanjang perjalanan ke Balingian ini serta suasana yang sedang dihadapi termasuklah keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes liwatnya yang akan didengari di Mahkamah Tinggi pada esok pagi.

Begitu juga dengan beberapa pemimpin PKR yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak dan dianggap menyalahgunakan kuasa. Selain itu, isu kehilangan MH370 juga dipolitikkan dengan menyalahkan kenyataan menteri bertanggungjawab tidak konsisten dan isu tanah menjadi isu berterusan pemimpin PKR ketika berceramah politik di Sarawak.

Selepas itu, Anwar bergegas meninggalkan majlis untuk pergi ke Lapangan Terbang Sibu pada petang itu juga bagi menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9.00 malam.


Berikutan itu ramai penduduk Balingian berasa kecewa kerana gagal melihat wajah Anwar secara lebih dekat sebelum beliau menjadi penghuni tetap di penjara selama tempoh 5 tahun akan datang ini.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 26, 2014 at 10:15 AM

Adat bertandang ke rumah orang ialah bersopan santun dan menjaga tatatertib resam tuan rumah.

Anwar datang ke Balingian dgn membawa cerita dongeng peribadinya.Terus beliau mengutuk kerajaan.Apa jenis "tetamu" mereka ni? Patutlah Tian Chua,Saifudin dan bbp macai PKR tak dibenar masuk Sarawak.Mereka tak menghormati adat resam rakyat Sarawak.

Jgn percaya dgn cerita Anwar.CNN pun dia boleh kelentong!

Vote for BN.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger