#PRKBalingian ANWAR IBRAHIM DAN PKR DICABAR SAMAN KERAJAAN SARAWAK


Susulan daripada ketidakpuasan hati pemimpin PKR yang dihantar balik kerana tidak boleh memasuki Sarawak, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dicabar untuk menyaman kerajaan Negeri Sarawak.

Selain Anwar, PKR yang dibarisi beberapa peguam juga dicabar menyaman sebagai rasa tidak puas hati.

Mungkin dengan menerusi tindakan menyaman itu dapat memberikan mereka kepuasan yang sememangnya terkenal dengan tindakan saman menyaman.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencabar Anwar dan PKR mengambil tindakan undang-undang termasuk menyaman beliau dan kerajaan negeri jika tidak berpuas hati dengan tindakan melarang individu tertentu dari semenanjung memasuki Sarawak.

Tindakan Anwar itu seolah-olah beliau tidak bersyukur kerana beliau masih dibenarkan memasuki Sarawak biarpun kerajaan Negeri Sarawak boleh mengenakan sekatan ke atasnya.

Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya dan orang luar tidak perlu datang ke negeri ini untuk menimbulkan kekacauan.

Sarawak sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya.

Beliau turut menyokong tindakan melarang siapa sahaja dari Semenanjung yang memasuki negeri ini dengan niat untuk menimbulkan kekacauan.

Pada 21 Mac lepas Adenan berkata kerajaan negeri akan menggunakan hak Imigresen yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia untuk menghalang kemasukan mana-mana ekstremis kaum atau agama atau menghantar mereka balik menurut undang-undang yang ada.


Kini, kerajaan Negeri Sarawak mengotakan janjinya untuk menjaga keharmonian kaum daripada anasir-anasir jahat pemimpin pembangkang daripada Semenanjung.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 2, 2014 at 11:02 AM

Cubalah amalkan politik yang terbuka. Sudah tiba masanya kita melaksanakan POLITIK yang difokuskan kepada dasar-dasar bagi merakyatkan pengurusan dan pentadbiran negara.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger