#PRKBalingian AKTIVITI SINDIKET PERJUDIAN PILIHAN RAYA DIKESAN DI KAMPUNG PENAKUP ULU, MUKAH?


Perjudian ketika membabitkan Pilihan Raya Kecil bukanlah perkara baru, tetapi jika ia berlaku pasti akan mengubah corak landskap pengundian pilihan raya semasa hari mengundi.

Kita hanya mendengar isu perjudian ini di bandar-bandar besar terutama yang membabitkan kongsi-kongsi gelap, tetapi dikhabarkan ia juga akan berlaku di #PRKBalingian.

Dengan bentuk perjudian yang tidak sama dengan perjudian biasa, kesannya pasti akan mengubah landskap politik tempatan di Sarawak.

Semasa kempen PRK DUN N.51 Balingian ini telah wujud sekumpulan kaki judi di sekitar kawasan Kampung Penakub Ulu, Mukah. Bagaimanapun, sehingga setakat ini tiada individu mahupun kumpulan yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral ini.

Situasi ini bukan yang pertama bahkan pernah berlaku dalam pilihan raya terdahulu dan kini kembali lagi dalam suasana yang berbeza. Persoalan sekarang siapakah dalang di sebalik kes perjudian ini?

Kesan perjudian ini pasti memberi kesan kepada corak pengundian pada 29 Mac nanti dan boleh mempengaruhi jumlah majoriti undi yang diperoleh kedua-dua calon.


Justeru itu, pihak berkuasa dan agensi yang terbabit harus melakukan pemantauan dalam usaha membendung penularan aktiviti tidak sihat ini di kawasan luar bandar. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger