#PRKBalingian AJK PBB DUN BALINGIAN JADI PENCADANG DAN PENYOKONG CALON PKR?


Ini bukan perkara baru dalam politik Malaysia bahkan pernah terjadi dalam mana-mana pilihan raya sehingga mencetuskan tindakan tatatertib dan disiplin terhadap mereka yang memihak kepada pembangkang.

Tidak seperti di #PRKKajang Pilihan Raya Kecil #PRKBalingian sekali lagi akan melihat kejadian yang sama berlaku di mana pencadang dan penyokong pihak lawan terdiri daripada AJK BN.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali petang tadi telah mengumumkan Haji Abdul Jalil bin Bujang berasal dari Bintulu sebagai calon PKR di #PRKBalingian.

Beberapa sumber dalaman memberitahu semasa penamaan calon #PRKBalingian pagi esok penyokong dan pencadang merupakan terdiri daripada AJK PBB di DUN Balingian.

Difahamkan, Basri bin Bokhari berasal daripada PBB akan bertindak sebagai pencadang manakala Narawi bin Seni akan bertindak sebagai penyokong semasa penamaan calon PKR pada pagi esok.

Kedua-dua pencadang dan penyokong itu merupakan saudara mara yang tinggal di Kampung Lintang, Balingian dan mempunyai pertalian keluarga dengan calon PKR DUN Balingian.

Persoalan, mengapa mereka berdua ini sanggup membelakangi BN-PBB sehingga mahu menjadi pencadang dan penyokong PKR? Apakah ini hanya kerana semata-mata kerana pertalian keluarga atau tidak berpuas hati terhadap PBB di Ranting atau Cawangan PBB Balingian?

Berdasarkan kepada pengalaman politik, ternyata ia memihak terhadap calon PKR hanya kerana beliau pernah bertanding dalam PRN Sarawak ke-10 tahun 2011.


Begitupun calon BN tidak kurang hebatnya kerana mempunyai pengalaman dalam bersemuka dengan rakyat semasa menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah Dalat dan sangat dikenali rakyat berbanding calon PKR yang bukan anak tempatan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 17, 2014 at 9:16 AM

Admin,tolong sahkan berita tersebut sejurus penamaan calon selesai.Tak nak komen tanpa bukti sahih.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger