#PrayForMH370 AKHBAR LUAR NEGARA MULA KAITKAN KEHILANGAN PESAWAT MAS DENGAN PKR



Kempen PRK Kajang kini semacam sudah sampai ke klimaksnya apabila kehilangan pesawat MH370 telah dikaitkan dengan parti PKR yang bertanding dalam #PRKKajang.

Dengan sidang media semalam yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menyebut kehilangan pesawat MH370 itu disebabkan tindakan ‘seseorang’ yang secara sengaja menutup signal radar dan melencongkan pesawat itu daripada kedudukan asal ke Beijing.

Sebelum ini beberapa bloggers dan facebooker telah mendedahkan juruterbang pesawat MH370 merupakan penyokong setia PKR dan pernah hadir dalam beberapa ceramah anjuran Pakatan Pembangkang.


Selesai sahaja sidang media petang semalam, banyak spekulasi mengandaikan juruterbang pesawat MH370 itu ‘bertanggungjawab’ sejajar dengan situasi semasa yang berlaku.


Pesawat MH370 hilang pada awal pagi Sabtu, kira-kira beberapa jam selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sejak kehilangan pesawat MH370 itu, Anwar Ibrahim langsung tiada memberikan sebarang komen bahkan mengeluarkan sebarang pendirian beliau sebagai Ketua Umum PKR dalam kejadian ini.



Malah, beberapa ceramah Pakatan Pembangkang mahupun PKR di kawasan DUN Kajang sering memutarbelitkan kehilangan pesawat MH370 yang disifatkan mereka sebagai kerajaan cuba menyembunyikan fakta sebenar.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger