#PKRBalingian PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG SEMENANJUNG BAWA CERITA LIWAT ANWAR IBRAHIM DI DUN BALINGIAN


Pemimpin Pakatan Pembangkang dari Semenanjung beranggapan penduduk Balingian tidak mengetahui tentang apa-apa berita mengenai Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang disifatkan mereka sebagai mangsa ketidakadilan sistem berundangan negara.

Bersandarkan itu, mereka menjaja cerita Anwar sebagai mangsa ketidakadilan sistem perundangan biarpun hakikatnya jelas Anwar melakukan perbuatan terkutuk yang diharamkan Islam.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dalam ceramah PKR di Kuala Balingian malam tadi banyak menyentuh mengenai ketidakadilan sistem perundangan yang menjatuhkan hukuman bersalah dengan penjara 5 tahun sehingga menyebabkan Anwar tidak layak bertanding dalam PRK DUN Kajang.

Malah, isteri Anwar, Wan Azizah dalam setiap ceramahnya melontarkan fitnah kononnya kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim.

Dengan harapan agar penduduk dan pengundi DUN Balingian akan memberikan undi simpati kepada calon PKR, Abdul Jalil Bujang hanya kerana ketua mereka didapati bersalah.


Melihat kepada body language penduduk Balingian ternyata mereka tidak gemar mendengar isu Anwar Ibrahim yang tidak langsung memberikan manfaat kepada mereka sebaliknya mahu isu tempatan menjadi agenda utama.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 20, 2014 at 2:18 PM

PKR tak dapat main "Isu2 ssetempat atau isu2 di hati rakyat di Balingian". Pertama memang tiada isu setempat yg nak dimain2kan.Kedua PKR manalah pernah nak tahu apa2 tentang rakyat Balingian sebelum ni.Jika tak ada by-election haram nak tengok muka Baru Bian Ketua PKR Sarawak.Tak payah cakap tentang Mat Sabu atau Fauziah Pahang.Dan ketiga mereka kagum dgn pembangunan Mukah.Cuma mereka malu nak lafazkan.Mereka ingat Mukah dan Balingian tak ada kemajuan langsung.

Para hadirin tempatan hadir di ceramah PKR bukan nak dengarpun.Mereka nak tengok Mat Sabu yg pernah ditangkap "khalwat" dlm bilik hotel.Nak tengok muka yg menyanjungi komunis Chin Peng.Itu saja tujuan mereka.Mana ada Mat Sabu nak beri projek kpd penduduk Balingian.Mana ada PKR nak janji nak buat rancangan pembangunan bagi nelayan,pekebun kecil dan sebagainya.Pembangunan tiada dlm agenda mereka.Calon PKR cuma kuda tunggangan.

Kpd pengundi di Balingian teruslah memberi undi anda kpd calon BN.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger