#PKRBalingian JIKA BN MENANG PEMBANGUNAN AKAN DITERUSKAN JIKA PKR MENANG BALINGIAN AKAN KETINGGALAN


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meminta penduduk Balingian meneruskan tradisi menyokong BN demi meneruskan pembangunan di Balingian ini.

"Kalau kami menang, kami boleh teruskan program pembangunan untuk Balingian. Kalau pembangkang menang, ia (Balingian) akan ketinggalan," katanya pada majlis bersama rakyat di Dewan Tun Abdul Rahman Yakub di Kampung Tellian Laut dekat sini Khamis.

Yussibnosh Balo, 48, daripada Barisan Nasional (BN) akan bertanding satu lawan satu dengan Abdul Jalil Bujang, 55, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya kecil pada 29 Mac ini.

BN perlu menjadi satu-satunya pilihan rakyat dahulu, kini dan selamanya dalam usaha mencapai negeri berpendapatan tinggi pada tahun 2030.

"Kalau Yussibnosh menang, beliau boleh berjumpa saya pada bila-bila masa untuk memohon dana bagi projek pembangunan. Tapi, kalau Abdul Jalil menang, beliau tidak ada kerajaan untuk menyokongnya," kata beliau.

Ketua menteri itu mengingatkan rakyat bahawa pembangkang hanya pandai mengkritik 'kiri, kanan dan dengan riuh'.

"Tapi, kesudahannya, hanya kerajaan yang boleh dan akan memberi khidmat," katanya.

Adenan yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Yussibnosh sebagai tanda terima kasih mereka kepada bekas wakil rakyat kawasan itu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

"Adalah sesuatu yang amat wajar rakyat membantu menyerahkan Balingian kepada BN sebagai tanda terima kasih dan penghormatan mereka kepada Taib atas sumbangan beliau yang tidak terkira jumlahnya," kata beliau.


Terdahulu, Anggota Parlimen Mukah Datuk Seri Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah, yang juga pengarah gerakan BN bagi pilihan raya kecil itu, berkata kini terserahlah kepada rakyat untuk menentukan sama ada mereka mahu kerajaan meneruskan rancangan pembangunan yang telah dirintis oleh Taib.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger