PEREBUTAN PAKATAN PEMBANGKANG DI #PRKBalingan JELAS TIDAK MENUNJUKKAN KESEPAKATAN



Selepas PRU-13 kesepakatan Pakatan Pembangkang di Sarawak masih lagi belum reda biarpun DAP dan PKR telah berjaya memenangi kerusi masing-masing.

Hanya PAS sahaja yang masih belum menemui rentak sokongan majoriti daripada rakyat Sarawak.

Ini membuatkan PAS berasa tertekan biarpun mereka dilihat lebih menonjol berbanding PKR yang banyak mengharapkan sokongan daripada pemimpin PKR Pusat.

Selepas bayangan bekas Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur daripada jawatan itu dan akan dilantik sebagai TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak desas-desus mengatakan akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.51 Balingian.

Susulan dengan itu, PAS telah membuat kenyataan di media tempatan bahawa PAS berminat dan akan meletakkan calonnya di kawasan DUN N.51 Balingian dan disokong PAS Pusat.

Sehari selepas itu, PKR Sarawak menerusi Pengerusinya, Baru Bian mahu kerusi DUN N.51 Balingian itu diberikan kepada PKR memandangkan majoriti pengundinya terdiri daripada Melanau-Kristian.

Situasi ini telah mencetuskan ketegangan kedua-dua parti itu hingga membawa kepada perbincangan peringkat Pakatan Pembangkang Sarawak untuk memilih parti yang layak bertanding sebaik sahaja SPR mengumumkan PRK DUN N.51 Balingian.

Keputusan Pakatan Pembangkang meletakkan calon PKR bertanding di PRK DUN N.51 Balingian jelas merugikan PAS yang secara dasarnya kecewa dengan keputusan itu.

Ini sekaligus merencatkan impian PAS untuk menakluk kerusi DUN Sarawak sekurang-kurangnya satu kerusi sebelum PRN Sarawak Ke-11 kelak.


Begitupun, PKR dilihat tidak akan berupaya menandingi kekuatan BN di DUN Balingian dengan melihat sejarah kemenangan BN bagi tempoh 5 pilihan raya terakhir.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger