PAKATAN PEMBANGKANG SARAWAK TETAP SOKONG SI PELIWAT


Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tertuduh Anwar Ibrahim bersalah dalam meliwat bekas pembantu peribadi, Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium pada 2008.

Seperti lazimnya, Pakatan Pembangkang Sarawak mengumumkan akan terus berdiri di belakang si peliwat Anwar Ibrahim dalam apa cara sekalipun.

Menurut Pengerusi PAS Miri Jofri Jeraie, pihaknya di bawah naungan Pakatan Pembangkang sentiasa menyokong perjuangan pemimpin berkenaan biarpun beliau disumbat ke dalam penjara.

“Pakatan Pembangkang masih mengatakan masa pendengaran kes liwat Anwar Ibrahim adalah tidak sesuai dan cubaan untuk menghalang Anwar daripada bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan seterusnya menjadi Menteri Besar serta Perdana Menteri,” katanya Jofri Jeraie.

Harus diingat bahawa tindakan Anwar yang cuba untuk menangguhkan penghakiman kes liwat ini sudah memasuki yang ke 60 kali dan sesuatu yang tidak pernah dilakukan rakyat lain.

Jofri pada masa sama turut menuduh kerajaan pemerintahan sekarang membuat perancangan ‘membunuh’ karier politik Anwar.

Dalam hal ini juga, PAS Sarawak turut mempertikaikan penghakiman kes liwat Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai tidak cukup saksi untuk membuktikan Anwar bersalah dan melakukan liwat.

Kes berkenaan katanya, harus didengari di Mahkamah Syariah dan sebaliknya bukan Mahkamah Sivil kerana tertuduh adalah seorang Muslim.

“Ia adalah pembunuhan karier politik Anwar kerana beliau mungkin berumur 70 tahun dan terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri setelah keluar dari penjara nanti,” jelasnya.

Bagi DAP Sarawak pula melihat sistem penghakiman di Malaysia mempunyai bias kerana sepatutnya keputusan hakim itu memihak kepada Anwar Ibrahim.


Alan Ling yang juga merupakan seorang peguam memberitahu bahawa terdapat beberapa bias berlaku dalam hal berkenaan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

March 11, 2014 at 9:43 PM

Biasalah Dapigsters dan PKP.Kalau keputusan mahkamah tidak memihak kpd mereka dan kali ini tidak memihak kpd Nuar Ibrahim maka mahkamah "bias". Atau Dapigsters dan PKR akan hanya memberi pujian kpd mahkamah (termasuk PDRM serta semua agensi penguatkuasaan kerajaan) jika keputusan dilihat adil utk mereka.

PKR tak boleh hidup tanpa kedengkian,tanpa penipuan,tanpa spin.Itulah lauk pauk PKR.Nuar tetap bersalah.PKR tetap sokong sipeliwat (bukan saya cakap,mahkmah dah buat keputusan).Saiful,si mangsa,diharap terus bersyukur.Anda tak bersalah.Mahkamah dah buat keputusan.

Kes selesai.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger