MAHU BELA ANWAR IBRAHIM, TIAN CHUA MAHU GULING KERAJAAN


Pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang dijangka akan melakukan perkara yang diluar dugaan seperti demontrasi jalanan bagi membantah keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat.

Ini susulan daripada keputusan hakim Mahkamah Rayuan yang sebulat suara bersetuju terdapat perlakuan meliwat berdasarkan kepada bukti-bukti yang dikemukakan pendakwaraya.

Seperti lazimnya, kumpulan pemimpin PKR seperti Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengetuai gerakan ‘Bebaskan Anwar’ yang dijadualkan diadakan pada Ahad ini di Jalan Tenggiri, Seberang Perai.

Berdasarkan tweet @tianchua ‘Najib sentenced Anwar to-5 year imprisonment – the people will bring down Najib in 5 months, that i promise you!

Secara jelas, Tian Chua cuba untuk mengadakan sesuatu (menggulingkan kerajaan) selepas tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Lebih terdesak lagi, penyokong pembangkang menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai mempengaruhi mahkamah dalam mengenakan keputusan.


Inilah sikap pembangkang yang menganggap diri mereka kebal dengan undang-undang. Jika keputusan tidak memihak kepada mereka dikatakan mahkamah dipengaruhi kerajaan dan jika keputusan memihak kepada mereka kata mahkamah telus.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

March 8, 2014 at 9:03 AM

berani lagi cina siot ni ugut kerajaan. kerajaan najib janganla buat bangang dan pekak badak. ambik respon cepat dan masukkah sekali cina siot ni ke dalam. biar dia rasa seronok diulit bang non.

March 8, 2014 at 9:20 AM

Jika benar inilah ugutan dari pihak PKR khususnya Tian Chua, PDRM perlu mengambil serious perkara ini dan memulakan siasatan di atas kenyataan mereka itu....

Anonymous
March 8, 2014 at 10:05 AM

beri makan harimau atau buaya je dia ni..

March 8, 2014 at 9:00 PM

Masa Anwar menjadi Timbalan PM dan Timbalan Presiden UMNO, Mat Sabu telah memulakan memberi gelaran "al-juburi" bila menyebut nama Anwar. Karpal Singh sendiri pernah membawa usul di Parlimen supaya Dr M mengambil tindakan keatas Anwar atas tuduhan salahlaku seks. Kenapa ketika itu tiada demonstrasi dibuat oleh Tian Chua dan lain-lain penjilat Anwar. Keputusan Mahkamah ini hanya mengesahkan secara undang-undang mengenai apa yang dikutuk oleh Mat Sabu dan Karpal Singh. Masa itu, Shamsul dan Rafizi ini pula mungkin budak-budak jambu seperti Azmin, yang pernah dikatakan oleh adiknya, Ummi bahawa Azmin menangis menceritakan kepada keluarga apa yang telah Anwar lakukan. Jadi apa yang akan dilakukan oleh mereka ini ialah membohongi budak-budak lain dengan sedikit bayaran duit rokok dan duit poket. Fikirkanlah kenapa dahulu ketika nama Anwar, bakal Perdana Menteri dicemar dengan gelaran "al-juburi" oleh Mat Sabu dalam setiap ceramah PAS, tiada siapa yang membelanya seperti hari ini. Bayangkanlah ketika itu, Nurul Izzah dan adik-adiknya masih kecil ketika papa mereka digelar "al-juburi". Kenapa Mat Sabu tidak memberi gelaran lain selain "al-juburi".

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger