KETUA PEMBANGKANG PULAU PINANG GERTAK ANWAR IBRAHIM


Ketua Pembangkang BN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan Anwar Ibrahim menggunakan populariti untuk meraih sokongan rakyat di DUN Kajang dan bukannya memperlihatkan ketokohan untuk membantu rakyat.

Sepanjang menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar bukan sahaja tidak menampakkan batang hidung malah jasadnya juga jarang datang membantu rakyat di kawasan Parlimen tersebut.

Tetapi, yang menghairankan beliau glamor semasa berada di luar Parlimen Permatang Pauh khususnya dalam berceramah kecil-kecilan bersama PKR dan Pakatan Pembangkang.

Didapati, kemunculan Anwar di mahkamah lebih kerap berbanding kehadirannya di Permatang Pauh hingga penduduk Permatang Pauh hendak menyuarakan permasalahan dan menagih janji pilihan raya sukar untuk berjumpa dengannya.

Kini, beliau akan bertanding dalam DUN Kajang yang dilihat suatu jalan mudah untuk Anwar menang biarpun berhadapan dengan calon wanita BN dan bekas rakannya Zaid Ibrahim dan K. Nalakaruppan.

Sebelum turun mengundi pesanan daripada orang Pulau Pinang yang sama negeri dengan Anwar Ibrahim, pilihlah orang yang boleh memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan bukannya memilih pemimpin yang dahagakan populariti.

"Kita harap rakyat negeri Selangor khususnya di Kajang betul-betul menilai tokoh yang nak dipilih atas sebab apa? Sebab popular sahaja atau khidmat dia?

Menurut Jahara lagi, Anwar boleh menang jika dinilai berdasarkan populariti tetapi akan tewas jika pengundi menilai dari segi khidmat serta tanggungjawab diberikan.

"Kalau atas populariti mungkin dia menanglah tapi khidmat dia tak menang.


"Sebab kalau dinilai khidmat setakat ini memang tiada apa pun, dia cakap-cakap sahaja," katanya.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
March 3, 2014 at 9:09 AM

TUU pun ramai lagi melayu permatang pauh dok pangkah anuwaq lagi..dok sayang nuaq lagi...dok percaya nuaq lagi !!!

Otak geliga
March 3, 2014 at 9:42 AM

org permatang pauh sayang nuaq....depa tak kisah kena kencing, kena ludah, kena berak berkoyan2 asalkan bukan UMNO.

apa salahnya kalau nuaq takdak bantu permatang pauh....UMNOkan ada....UMNO berjiwa besaq.....nuaq pi Kajangpun bukan dok jalan2 tapi berjuang kata org2 permatang pauh....Anuaq kalau tak buat kerja bukan salah dia, tp SALAH UMNO kata org Permatang Pauh.....punyalah SAYANG kat nuaq

Anonymous
March 3, 2014 at 12:49 PM

kalau nuar xkeja xturun padang, masakan tidak penduduk pematang pauh boleh bagi 2 penggal kat dia... memang le dia xbuat klcc litar f1 kat pematang pauh, tapi dia mampu memberi keharmonian dan sebagai nyer....

Anonymous
March 7, 2014 at 6:12 PM

wahai org2 kajang, jgn lah jd bodohh mcm org2 permatang pauh...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger