KERAJAAN TIDAK CAMPUR TANGAN TERHADAP KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN


Kepada pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim, mereka tidak seharusnya mensabitkan kerajaan dalam mempengaruhi keputusan Mahkamah Rayuan kerana bidang kehakiman adalah sebuah badan bebas.

Semalam, Mahkamah Rayuan telah menjatuhan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini menegaskan, Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas.

Hakim-hakim pula, katanya, akan mencapai keputusan mereka hanya setelah mempertimbangkan semua bukti yang ada dengan cara yang seimbang.

''Anwar dan barisan peguam belanya mempunyai hak untuk merayu keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan.''

Kes tersebut membabitkan dua individu dan hanya melibatkan mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.

''Oleh itu, demi menghormati proses undang-undang dan hak-hak mereka yang terlibat, adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu,'' kata kenyataan tersebut.


Kepada pemimpin dan penyokong Anwar Ibrahim, terimalah keputusan Mahkamah Rayuan ini sebagai Qada dan Qadar sebagaimana menerima pembebasan Anwar Ibrahim pada Januari 2012.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger