KENYATAAN DR AFIF BAHARDIN EXCO PULAU PINANG MENGHINA POLIS AMAT DIKESALI


Terkejut dan terperanjat melihat kenyataan Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dalam laman mikro twitter miliknya semalam yang ternyata telah melukakan seluruh pasukan polis di Malaysia.

“Penjenayah bunuh polis itu tidak hairan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah”.

Insiden itu juga telah melukakan keluarga Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohd yang meninggal dunia selepas ditikam dengan senjata tajam yang dipercayai penjenayah warga asing semasa meronda di sebatang lorong di Taman Sentosa.

Ini bukanlah yang pertama dan mungkin bukan yang terakhir dilakukan pemimpin PKR yang sering menyalah dan mempersoalkan kreadibiliti dan tugasan pasukan keselamatan khususnya polis.

Setahun yang lepas, Naib Presiden PKR, Tian Chua secara sengaja telah mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan pasukan keselamatan semasa kejadian Lahad Datu.

Melihat kepada keadaan terbaru ini jelas bahawa pemimpin PKR bukan saja menyokong bahkan melindungi penjenayah seperti mana yang diperkatakan Dr Afif Bahardin.


Selepas ini disarankan kepada pemimpin PKR janganlah menggunakan khidmat polis sekiranya berlaku kecemasan kerana tanggapan buruk anda terhadap polis itu tidak mencerminkan anda sebagai seorang pemimpin.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 6, 2014 at 2:03 AM

memang Babi afif ni..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger