KEMPEN ANWAR IBRAHIM DI DUN KAJANG TERJEJAS EKORAN KHALID IBRAHIM UMUM TANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR


Selain Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang terkilan dengan pengumuman Khalid Ibrahim yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang oleh Azmin Ali, ramai di kalangan pemimpin PKR Selangor berasakan pengumuman Khalid Ibrahim itu akan menjejaskan kempen Anwar Ibrahim di DUN Kajang.

Kelmarin, Khalid dalam satu majlis di kediaman rasminya telah mengumumkan untuk bertanding menentang Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggungjawab.  Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.

“Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan saya nak jadi timbalan presiden PKR,” kata Menteri Besar Selangor itu.

Tindakan Khalid ini, sedikit sebanyak bakal menjejaskan kempen Anwar di Kajang apabila banyak pihak akan melihat yang kemelut antara Khalid dan Azmin gagal untuk diselesaikan.

Dengan pengumuman itu, jelas bahawa hubungan Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sebelum ini ternyata benar biarpun telah dinafikan kedua-dua pihak apabila sering ditanya soalan sensasi itu.

Tidak cukup dengan kontroversi yang ada, tindakan Khalid bakal dipersoal banyak pihak setelah beliau baru sahaja memeterai kerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam Memorandum Persefahaman (MoU)  penstrukturan industri air di Selangor.

Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor tidak mengetahui akan keputusan Khalid, Rabu lalu.

Banyak pihak seakan terkejut dengan beberapa tindakan Khalid sejak kebelakangan ini, beliau seolah mendapat kekuatan ‘luar biasa’ apabila berani membuat keputusan besar tanpa merujuk kepimpinan parti.

Selaku Menteri Besar Selangor, Khalid sememangnya layak untuk bersuara, namun sebelum ini beliau dilihat agak pasif  dalam membuat keputusan.

Ternyata, kini Khalid Ibrahim telah mula mendapat sentuhan magis tanpa perlu bergantung kepada sesiapa sama ada Anwar Ibrahim mahupun Azmin Ali.


Sebagai Menteri Besar yang dilantik sewajarnya Khalid Ibrahim bekerja dengan memenuhi kehendak rakyat dan bukannya kehendak sesetengah pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang yang hanya mahukan masa depan politik mereka terjamin pada masa akan datang.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 3, 2014 at 1:36 PM

Lawan je diorg tu khalid..lawan tetap lawan...ckp democracy tp nk lawan x bagi...ape ade hal...prk tetao prk..focus la skit...tp klu x betol...mcm mak ketam ajar anak ketam...rupanya dia yg kangkang lebih...dasar pakat kencing rakyat

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger