KARPAL SINGH DAN ANWAR IBRAHIM SENASIB DO RE MI


Selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam meliwat Saiful Bukhari pada 6 tahun lepas dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan dikenakan denda RM10,000.

Hanya beberapa hari selepas itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi selepas hampir tiga minggu didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, lima tahun lalu.

Berikutan keputusan itu, Karpal, 73, boleh lucut kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang sekiranya Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan itu.

Hukuman denda tersebut dijatuhkan oleh Hakim Datuk Paduka Azman Abdullah selepas mengambil kira masalah kesihatan yang dialami oleh Karpal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 29 Januari 2005.

"Berbalik kepada prinsipal, setiap tuduhan perlu memberi impak kepada masyarakat, jika tidak, tiada rasa takut pada mereka yang melakukan kesalahan.

''Seperti mana yang saya katakan (berdasarkan faktor kesihatan), mahkamah ini tidak akan mengenakan hukuman berbentuk pemenjaraan. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000," kata beliau.

Dalam menjatuhkan hukuman, hakim Mahkamah Tinggi hanya menghukum Karpal Singh dengan mengenakan denda dan tidak mengenakan hukuman penjara disebabkan kesihatannya yang menggunakan kerusi roda.

Tetapi, yang mendangkalkan penyokong Pakatan Pembangkang khususnya DAP masih juga mengkritik dan menghentam mahkamah seperti mana yang dilakukan penyokong PKR selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman.

Susulan daripada keputusan Mahkamah Tinggi itu, berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas disabitkan atas suatu kesalahan dan dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta telah gagal merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan.

Perkara 9A(1)(b) Akta Pertubuhan 1966 pula menyebut bahawa seseorang individu hilang kelayakan untuk memegang jawatan dan tidak boleh memegang sebarang jawatan sekiranya telah disabitkan atas apa jua kesalahan undang-undang dan telah dijatuhi hukuman denda tidak kurang RM2,000 atau penjara minimum setahun.

Karpal dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebut kata-kata hasutan membabitkan Sultan Perak pada satu sidang akhbar antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009 di pejabatnya, Tetuan Karpal Singh & Co, No.67, Jalan Pudu Lama, Dang Wangi, di sini.


Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 12, 2014 at 9:25 AM

Si PENDATANG BANGSATDAPBANGKAI RASIS yg. sekoq tu pula jatuh, setelah hukuman dijatuhkan, disyaki nak menagih simpati, mcm. MO biasanya! Nanti, mungkin diharapnya Barat akan mengecam M'sia!

Awatlah tak MAMPOS lagi si BANGSAT ni!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger