#KajangMove HAIRAN KENAPA KERAJAAN PKR SELANGOR BUAT MANIFESTO BAHARU KEPADA RAKYAT KAJANG?


Sebagaimana yang diketahui pada tahun 2008, PKR telah menguasai kerajaan Negeri Selangor hingga berjaya menidakkan penguasaan BN sebelum ini yang megah dengan kemenangan majoriti.

Dan sekali lagi PKR telah dipilih untuk menerajui kerajaan Selangor pada 2013 menjadikan mereka memerintah Selangor buat penggal ke-2 suatu sejarah baru tercipta.

Pada 27 Januari 2014 yang lalu, ADUN PKR Kajang, Lee Chin Cheh telah diarahkan meletak jawatan oleh Anwar Ibrahim, selaku Ketua Umum PKR. Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.
Dengan mandat 19,571 undi atau 6,824 majoriti bagaimana Anwar Ibrahim boleh mengarahkan ADUN PKR ini meletakkan jawatan. Ini adalah demokrasi terpimpin yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim.. seorang yang kuku besi dan diktator!!

Pada 12 Mac 2014 yang lalu, PKR telah melancarkan manifesto mereka dengan 4 teras yang utama. Pertama keselamatan, mengatasi kesesakan lalu lintas, peluang pekerjaan dan pembangunan anak muda dan penyelenggaran kebersihan dan perancangan bandar yang lebih baik.

Persoalan kenapa PKR memerlukan manifesto baharu kepada penduduk Kajang sedangkan mereka merupakan kerajaan negeri yang memerintah Selangor? Jika ini berlaku di pihak BN, baharulah tepat tetapi jika PKR berbuat demikian ia merupakan suatu yang sangat janggal dan pelik.

PKR yang diterajui Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya boleh meneruskan agenda pembangunan Selangor tanpa perlu manifesto atau janji bari kerana mereka adalah kerajaan yang memerintah.

Bahkan, diingatkan juga masih banyak lagi manifesto Kerajaan PKR Selangor yang masih belum dilaksanakan dan kini mula menabur janji-janji baharu.

Selain itu juga selaku Presiden PKR, Wan Azizah sepatutnya mempunyai autoriti dan boleh memberi arahan kepada Menteri Besar Selangor dan semua ADUN dibawahnya untuk membuat kerja kecuali beliau adalah presiden boneka atau tunggul.

Oleh itu, Pilihanraya Kecil Kajang hanya diadakan kurang setahun daripada pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Kenapa PKR perlu lancar manifesto baru..

Sebenarnya apa yang ditunjukkan manifesto PKR ini ialah kelemahan kerajaan negeri dan wakil wakil rakyat PKR yang gagal memahami hati rakyat di akar umbi. Ini menunjukkan kelemahan prestasi semasa Kerajaan dan ADUN-ADUN PKR.

Secara tidak langsung ianya adalah satu pengakuan PKR bahawa Menteri Besar Selangor sekarang ini gagal buat kerja. Setelah lima tahun Kajang masih bergelut dengan banjir, kesesakan lalulintas, keselamatan yang semakin teruk, sampah yang bertaburan dan paling malang ialah kegagalan PKR juga menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor.

Dengan gambar Wan Azizah menyepak bola diposter manifesto PKR.. apakah sebenar mesej yang hendak disampaikan.

Adakah Wan Azizah juga hendak disepak oleh rakyat Selangor kerana sebagai Presiden kepada parti yang gagal mengurus hati dan perasaan rakyat Selangor.


Kredit: Aspirasi Bangsa
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 15, 2014 at 11:24 AM

Tak faham lagi ke manifesto baru ni untuk menteri besar baru wan azizah menggantikan dato khalid bagi pihak anuar ibrahim.

March 15, 2014 at 12:29 PM

Wan Azizah adalah dpd kem Abd Khalid.Beliau tak begitu suka dgn Azmin.Bukankah bini Azmin pernah dikaitkan dgn Anwar.Maka tak mungkin Azizah nak menggantikan Abd Khalid.Bahkan adanya Azizah dlm kabinet Khalid memperkuatkan lagi kedudukan kem Azizah dgn Khalid.

Manifesto baru utk Kajang? Tak ada "bearing" utk PRK Kajang.Tak ada manifesto pun tak apa.Para pengundi Kajang dah tau siapa mereka pilih.Cuma segelintir % akan cuba menukar pilihan mereka.PKR menang hampir 7000 majoriti pd PRU13.

Pengundi Kajang tak rugi apa2 jika MCA/BN menang.Kerajaan Negeri dah di tangan Pakatan.Itu sebabnya PAS tak hantar penyokong pd penamaan calon tempoh hari.Penyokong tetap akan mengundi calon Pakatan.Manakala pengundi cina akan memberi sedikit undi kpd MCA sebab calon berbangsa cina.Itu trend kaum cina.Mana mungkin mereka nak memberi undi kpd Azizah.

Peluang BN menang adalah 52%.Perniaga kecil Melayu akan memilih BN pd kali ini.Mereka tak senang hati dgn kerajaan PR yg meroboh gerai mereka.Lagipun calon BN dilihat sbg seorg yg "buta warna" ,cekap dan nampak bersih.Kelebihan kpd BN kali ini.(Wan Azizah tak ada "oomph" sbg ADUN.Beliau gagal sbg Presiden PKR.Ceramah2 Pakatan setakat ini tiada sambutan.Stadium kosong.Kes sodomi menghantui Azizah dan penyokong2 tegar PKR.Isu2 lapok Pakatan dah muak bagi pengundi2 Kajang.)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger