CERAMAH PKR TIDAK DAPAT SAMBUTAN PETANDA KEKALAHAN DI #PRKBalingian


Kempen PKR sempena #PRKBalingian di Kampung Petanak Seri benar-benar menguji kesabaran rombongan PKR apabila tidak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan di situ.

Dengan majoriti penduduknya beragama Islam, calon PKR menumpukan kawasan majoriti Islam bagi menarik sokongan memandangkan lawannya merupakan Melanau Kristian.

Namun strategik itu makan tuan apabila hampir semua jemaah yang hadir bersembahyang jemaah di Surau Hikmah Kampung Petanak Seri keluar dan tidak memperdulikan kehadiran rombongan PKR untuk berkempen.

Terdahulu, rombongan PKR telah bersembahyang di surau sebelum mengadakan kempen dengan berceramah.

Difahamkan sikap penduduk keluar tanpa memperdulikan rombongan PKR disebabkan rombongan PKR menggunakan surau untuk berkempen tanpa mendapat persetujuan mereka.

Biarpun sempat berceramah namun kehadiran penduduk sangat mendukacitakan dengan masih banyak kerusi kosong berbanding batang tubuh manusia yang hadir. Dianggarkan hanya sekitar kurang 30 penduduk yang hadir itupun belum ditolak dengan jumlah rombongan PKR.

Biarpun tidak mendapat sambutan beberapa pemimpin PKR Sarawak termasuk calon PKR, Abdul Jalil bin Bujang sempat berceramah dengan membawa isu lapuk tanpa menimbulkan minat penduduk kampung.


Manakala, hasrat rombongan PKR yang mahu mengambil kesempatan di atas sebuah kenduri doa selamat untuk berkempen telah tidak dipedulikan hingga memaksa mereka mengambil jalan selamat dengan pulang.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

March 21, 2014 at 10:25 AM

Penduduk2 kpg tak mau dilihat bersekongkol dgn PKR maka mereka meninggalkan "majlis" PKR. Kasihan sungguh.Bukan tak berbudi bahasa tetapi hal politik jgn dibawa dlm surau.Memang padanlah PKR menerima sambutan negatif penduduk2 kpg berkenaan.

Anonymous
March 21, 2014 at 11:46 AM

TOLAK PKR masuk sungai biar kena PENAMPAR cucu cicit Bujang senang....

Anonymous
March 24, 2014 at 1:10 PM

Kita patut berterima kasih kepada BN dan PKR kerana itu adanya pertandingan, ada kerja untuk pemuda, yg jahat ialah ketua ranting PBB, mereka yg banyak makan duit. Kalau BN kalah pun memang patut sebab banyak janji manis kempen dulu belum ditunaikan... sekolah telian berapa lama sudah, bn kalah pun duit brim tetap ada, jangan nak tipu Rakyat lah, kalau PKR menang baru lah bn tunaikan janji... mengapa PKR menang dun Kajang? Sebab org sana tahu cerita sebenarnya. ...mereka nak ajar BN. .. kita pun patut begitu. .. pikir kan lah. ...

March 25, 2014 at 2:41 PM

ceramah brok pr kuikuuikuik

March 26, 2014 at 5:45 PM

Study dl br g ceramah n tanding pr.tok c men serbu jak..bkn tauk pk pa sa owg kat mukah ya..dah teror glak sampei otak pun x pandai guna sebaik2nya..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger