BN CALON TEMPATAN VS PKR CALON LUAR KAWASAN DALAM #PRKBalingian




Mengambil kira calon yang telah ditampilkan BN, Yussibnosh Balo merupakan seorang Melanau-Kristian, PKR telah mengambil keputusan berbeza dengan menampilkan calon Melanau-Islam dalam PRK DUN Balingian.

Dengan majoriti pengundi di DUN Balingian ini terdiri daripada Islam maka PKR mengetengahkan calon Melanau-Islam bagi meraih sokongan.

PKR Sarawak dikhabarkan akan mengumumkan calon mereka pada petang ini di Sibu yang akan diumumkan sendiri oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pada petang itu juga Jalil akan menerima watikah pencalonan PKR bagi PRK Balingan.

Dijangkakan nama Haji Jalil Bujang merupakan Pengerusi Hikmah Bintulu yang berasal dari Kampung Sibiew, Bintulu.

Jalil, 53, bekas pekerja MLNG yang kini menjalankan perniagaan sendiri dan merupakan mantan calon yang bertanding di atas tiket PKR menentang Datuk Haji Talib Zulpilip di DUN Jepak dalam PRN ke-10 yang lalu.

Penamaan calon PRK DUN Balingian akan diadakan pada 17 Mac ini di Dewan Suarah, Mukah.

Sekiranya tiada calon lain yang bertanding, Jali akan bertanding secara satu lawan satu dengan, calon BN dalam PRK DUN Balingian.

Yussibnosh, bekas Pegawai Daerah Dalat, 47, dalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Tellian Tengah, Mukah yang diumum sebagai calon oleh Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassindi Dewan suarah mukah siang tadi.


Pemilihan Yussibnosh, seorang melanau Kristian, yang juga AJK PBB di ranting kampung kelahirannya dilihat memenuhi 'Konsensus 1963' yang menentukan hala tuju politik etnik Melanau di Parlimen Mukah, selain DUN Balingian dan DUN Dalat.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

March 17, 2014 at 12:43 PM

Calon luar bukan isu sebenar.ADUN Balingian sebelum ini pun calon luar (Miri?).Isu begini tak laku dan mudah dipatah.

Isu yg lebih besar?pembangunanlah. Masyarakat nak ADUN mereka yg boleh membawa dan memberi pembangunan.Komuniti kampung jgn diasak dgn isu2 "yg tak jangkau" mereka.Tak payah cakap tentang GST,ETP,KPI dan banyak lagi.Rakyat nak tengok jalan bertar,air paip bersih,bangunan dan kemudahan sekolah ditambahbaik,subsidi utk nelayan berterusan,benih anak ikan,benih anak sawit yg bagus,dan banyak lagi keperluan2 di hati rakyat marhaen.Balingian bukan Kajang!Isu Kajang tak releven di Balingian.

Masa dah suntuk.

BN Mukah mesti bergerak dgn pantas.Gempur setiap kampung dan rumah panjang.Tak payah sibuk menyibuk tentang cara/strategi PKR berkempen.Lantaklah apa mereka nak buat.Jgn ambil kisah.BN Mukah fokus saja pelan2 penyelesaian masalah rakyat.

Mujurlah ada Dtk Shafie Afdal menjenguk.Mana perginya pemimpin2 BN Sarawak?Nampak hidung tak pemimpin2 parti komponen BN Sarawak selain PBB?

Anonymous
March 17, 2014 at 4:32 PM

huihh..bukan setakat hidung, nampak lebih dari tu dah nampak. Die orang sebenarnye masih lagi dekat hutan cari "Siet" tuk bawa balik pas abis pilihanraya nanti. Jadual kerja die orang padat kat Mukah nun. Dari cari siet pastu kena tebang balau, buat sei/lemantak. Melawat sambil bekerja kat kilang buat tebaloi dengan kuih sepit kat Kampung Judan. Awal pagi subuh-subuh suda pegi ke laut memukat ikan duai bilem. Balik dari laut pegi "mengancau" dekat tepi pantai cari payak...janganlah cakap die orang xde kat sane.

Lai Bilem.

Anonymous
March 18, 2014 at 1:21 AM

Menangkan PKR... Mukah maju tetapi gejala jahat berleluasa, maksiat makin banyak, PUB makin banyak, Premis nombor makin banyak, org luar makin menapak... anak Melanau terpinggir, sekolah tak dibaiki, ladang tak diberi syer kepada orang Mukah macam dekat Betong, jangan biar BN terlalu selesa... ajar sikit PRK ini... sejarah silam usah terlalu dibanggakan... PKR menang pun BN tetap Kerajaan Negeri bah...

Anonymous
March 26, 2014 at 8:59 PM

Banyak janji BN tak tunai... kali ini orang Balingian akan full swing vote for PKR...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger