BERJAYA TANGANI KRISIS AIR KHALID IBRAHIM UMUM TANDING JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR


Biarpun dicemuh pemimpin dan ahli serta penyokong PKR hanya kerana terpaksa mengalah hingga terpaksa akur dengan kehendak rakyat apabila melaksanakan perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan dalam penstrukturan semula industri air di Selangor.

MoU itu membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) sekali gus dapat menyelesaikan krisis air di negeri itu yang kini berlarutan angkara campur tangan politik PKR dan Pakatan Pembangkang.

Selepas memetrai MoU itu, reaksi rakyat sangat positif apabila Menteri Besar Selangor itu sanggup membelakangkan parti PKR dan Pakatan Pembangkang Selangor demi ‘menyelamatkan’ rakyat Selangor yang kini sedang mengalami krisis air yang meruncing.

Khalid Ibrahim tiada cara dan jalan lain melainkan cuba menggunakan ‘kuasa’ yang ada padanya sebagai Menteri Besar bagi menyelamatkan rakyat yang sedang berhadapan dengan krisis air yang terburuk dalam sejarah Selangor.

Bagi Syed Zainal Syed Mohamad dari Shah Alam persefahaman antara Selangor dengan kerajaan Pusat yang membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) sekali gus dapat menyelesaikan krisis air di negeri itu.

“Pada saya, MoU ini sesuatu yang baik kerana kita sedang berdepan dengan krisis air. Isu air akan pulih seperti sedia kala.

“Saya lega dengan keputusan ini,  juga dengan persetujuan kerajaan negeri Selangor untuk membenarkan Langat 2 diteruskan. Dengan adanya Langat 2 ini, krisis air akan pulih kembali,” katanya.

Senada dengan beliau, Suhaila Sukri dari Klang melihat perjanjian itu memberi manfaat kepada semua terutama rakyat.

“Saya harap dengan termetrainya perjanjian antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat, segala masalah air akan selesai. Semoga MoU ini memberi manfaat kepada semua.

“Kita bersyukur kiranya kerajaan pusat dan negeri bersedia bekerjasama dan sebagai rakyat, saya lega dengan keputusan itu,” katanya.

Penduduk Shah Alam, Ahmad Harun turut menyatakan kelegaannya dengan keputusan yang dibuat kerajaan negeri itu.

“Termeterainya MoU antara Selangor dengan kerajaan Pusat merupakan satu perkembangan yang baik bagi menyelesaikan krisis air yang berlaku sejak sekian lama di Selangor.

“Ia melegakan terutama sekali di kawasan-kawasan yang kerap berdepan masalah tiada air. Moga tiada lagi angkut air untuk naik pangsapuri atau rumah flat,” katanya.

Malah, rakyat kini beranggapan Khalid Ibrahim masih relevan sebagai Menteri Besar dan tidak mahu ‘orang luar’ (merujuk kepada Anwar Ibrahim) memegang jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana yang disarankan PKR Selangor.

Susulan dengan ‘kejayaan’ Khalid Ibrahim itu, beliau telah mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR di mana penyandangnya ialah Azmin Ali.

Pun begitu, hasrat Khalid Ibrahim itu tidak disenangi Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang menganggap pengumuman itu tidak sesuai dengan situasi semasa.


Umum mengetahui, Zuraida ini rapat dengan Azmin Ali dan tidak hairanlah kenyataan Khalid Ibrahim untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR mendapat reaksi negatif sejak dari awal lagi.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger