ANWAR IBRAHIM SEMAKIN TERDESAK RAFIZI RAMLI DIKATAKAN CALON PENGGANTI


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi hari penamaan calon PRK DUN Kajang yang dijadualkan pada 11 Mac 2014.

Dalam beberapa hari ini, Anwar berasa tertekan kerana kes liwatnya di Mahkamah Rayuan akan sampai ke kemuncaknya biarpun sebelum ini cubaan beliau untuk menangguhkan perbicaraan dengan ‘mengacau’ pendakwaraya Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful kini ditahap akhir dengan perbicaraan selepas mahkamah menerima rayuan pengadu, Saiful Bukhari.

Sekiranya perbicaraan memihak kepada Saiful berkemungkinan Anwar akan bersalah sekaligus menidakkan beliau sebagai calon PKR di DUN Kajang. Malah, status beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh juga dalam dilema.

Begitupun desas-desus mengatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dikatakan calon yang sesuai dijadikan pengganti bagi PKR di DUN Kajang.

Pada awal Januari 2012, Anwar telah dibebaskan mahkamah daripada pertuduhan kes liwat, tetapi laporan mahkamah menunjukkan terdapat keraguan dalam perbicaraan dan boleh disabitkan kesalahan berdasarkan sokongan bukti-bukti.

Bagi pendakwaraya, Muhammad Shafee memberitahu bukti-bukti yang sedia ada sekarang ini memungkinkan Anwar boleh didapati bersalah.

Seperti mana dalam buktinya, Anwar tidak pernah sekali pun memanggil saksi alibi bagi menyokong keterangannya di samping tidak berani untuk memberi keterangan secara bersumpah.

Tidak cukup dengan itu, keterangan bela diri Anwar dari kandang tertuduh lebih bersifat jahat kerana sebahagian besar kenyataannya hanyalah menyalahkan orang lain di samping menyatakan bahawa pertuduhan ke atasnya adalah konspirasi politik.

Anwar, 67, dilepas dan dibebaskan pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


Prosiding hari ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger