ANWAR IBRAHIM SALAHKAN PENGAMAL MEDIA DAN PEMERHATI POLITIK


Di sebalik kekesalan Anwar Ibrahim terhadap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR sebenarnya kekesalan itu ditujukan kepada pengamal media dan pemerhati politik yang kini cukup berminat dalam hal dalaman PKR yang kini kacau bilau.

Anwar cukup marah apabila PKR kini menjadi perhatian dan tajuk utama dalam setiap akhbar nasional susulan daripada isu dalaman PKR yang sudah sampai ke kemuncaknya.

“Kita hairan, mengapa hal ini perlu diperbesarkan. Sedangkan, dalam mana-mana parti pun ada pertandingan seperti ini termasuklah BN. Sepatutnya, tidak timbul sebarang masalah membabitkan pengumuman berkenaan.

“Namun, apabila melibatkan PKR, seolah-olah menjadi satu dosa atau kesalahan besar pula untuk melakukannya. Inilah yang kita kesalkan.

Beliau tidak menafikan, hal ini menjadi sebutan ramai memandangkan pengumuman dibuat Abdul Khalid agak terlalu awal, sedangkan pencalonan ditetapkan pada 29 Mac ini.


“Bagaimanapun, itu hak beliau (Abdul Khalid) untuk berbuat demikian. Kita tidak menghalang mana-mana individu untuk bertanding, asalkan mematuhi etika dan tidak mengecam antara satu sama lain.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger