ANWAR IBRAHIM MAHUKAN KHALID IBRAHIM TANGGUHKAN MoU AIR LANGAT 2


Jika sebelum ini Anwar Ibrahim mengatakan bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim berhubung pemeteraian MoU antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan mengenai air dan pembinaan Langat 2.

Namun, itu hanya sandiwara Anwar yang mungkin mahu mengambil sedikit hati pengundi DUN Kajang di mana beliau merupakan calonnya.

Kurang 24 jam, Anwar terpaksa pusing 360 darjah apabila mendesak Khalid Ibrahim menangguhkan dahulu perjanjian berhubung pembinaan loji rawatan air Langat2 selagi kepimpinan negeri dan Pakatan Pembangkang tidak diberi penjelasan sepenuhnya.

Seperti yang dimaklumkan Khalid, isu air ini melibatkan rakyat dan tidak seharusnya dicampur aduk dengan politik sehingga mampu menjejaskan beberapa syarat dalam MoU.

Jika sebarang keputusan yang perlu mendahulukan rakyat, seharusnya isu itu tidak harus dilibatkan soal politik.

Anwar itu mengulangi gesaannya supaya Khalid Ibrahim berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Pembangkang dan mengambil kira pandangan konsensus sebelum membuat keputusan terutamanya membabitkan soal kepentingan rakyat.

"Harus diberi penjelasan terperinci tentang kesan pada Selangor, soal tarif, beberapa aspek perjanjian sebelum menandatangani apa-apa perjanjian.

"Akan ada wakil daripada Pakatan untuk memaklumkan (Khalid) supaya tidak tergesa-gesa kerana perjanjian itu mempunyai impak besar kepada negeri (Selangor)," katanya selepas mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan Rakyat di bangunan PAS.


Dengan perkembangan terbaru jelas menggambarkan bahawa Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor hanya sebagai boneka sahaja dengan segala keputusan dibuat oleh Anwar mahupun DAP Selangor.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 6, 2014 at 9:11 AM

Dah 6 tahun projek Langat 2 ditangguhkan....dan rakyaat Selangor dipermainkan secukupnya. Khalid Ibrahim jangan ambil pusing lagi tentang arahan2 dari syaitan dan jembalang yang mahu melihat rakyaat menderita demi kepentingan politik sempit mereka.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger