ANWAR IBRAHIM CATAT REKOD DUNIA TURUN NAIK MAHKAMAH


Tahniah kepada Anwar Ibrahim di atas kejayaan mencipta rekod dunia paling kerap turun naik mahkamah hanya kerana mahu memanjangkan kes liwatnya yang memakan masa bertahun-tahun lamanya sehinggakan rakyat Malaysia sudah bosan dengan kes itu.

Agaknya inilah yang dimahukan Anwar agar rakyat tidak lagi mempedulikan kes liwatnya dan membolehkan mahkamah memihak kepadanya.

Sehingga kini Anwar masih lagi belum bersalah biarpun ‘mangsa’ membuat rayuan bagi menidakkan keputusan mahkamah yang melepaskannya pada Januari 2012.

Semalam, mahkamah membenarkan bantahan pihak pendakwaan untuk membatalkan notis rayuan oleh Anwar yang mahu memanggil semula bekas pegawai penyiasat kes liwat membabitkan beliau dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi mencabar kredibiliti saksi pendakwaan itu.

Rentetan itu, rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan permohonannya untuk memanggil semula Supritendan Judy Blacious Pereira ditolak.

Pada 12 Februari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Aziah Ali menolak permohonan Anwar yang dibuat bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membatalkan petisyen penerimaan masuk Judy sebagai peguam bela dan peguam cara.

Judy tidak diterima masuk sebagai peguam kerana disifatkan sebagai tidak layak dan sesuai berdasarkan laporan inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Inkuiri berkaitan kes penahanan lima peguam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kerana terlibat dalam perhimpunan haram mendapati Judy merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai kerana secara sedar atau tidak telah tidak bercakap benar atau menghidap penyakit hilang ingatan yang serius.


Anwar, 67, telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 5, 2014 at 1:14 PM

biarla dia turun naik mahkamah selagi dia hidup asal tak duduk dalam penjara sepanjang hayat

Anonymous
March 5, 2014 at 3:01 PM

Dia nak jadi Mandela Malaysia le beb............Mandela berjuang menentang apartheid tapi si Nuar ni menentang apa?

Anonymous
March 5, 2014 at 5:57 PM

mandela berjuang menentang apartheid, si nuar plak main bontot, tu aje bezanya

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger