ZAID IBRAHIM BERTANDING HANYA UNTUK JATUHKAN ANWAR IBRAHIM DAN SELAMATKAN SELANGOR


Hanya bermatlamat mahu menyelamatkan Selangor daripada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Itulah sebabnya Bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim memberitahu keputusannya bertanding pada PRK DUN Kajang.

Sekiranya rakyat DUN Kajang memilih Zaid Ibrahim dan menolak Anwar Ibrahim, kerusi menteri besar Selangor yang dipegang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga akan kekal.

"Kalau saya menang, Anwar Ibrahim kalah, maka amanlah PR di Selangor. Khalid akan terus jadi menteri besar," katanya pada sidang media sempena pengumuman untuk bertanding sebagai calon bebas di PRK Dun Kajang, semalam.

Menurutnya, rancangan Anwar untuk mengangkat dirinya menjadi menteri besar,  walau dengan sebab apa pun adalah satu tindakan politik liar yang tidak wajar direstui.

"Cara dan teknik Anwar menggunakan kedudukan politiknya dalam PKR untuk merampas kuasa Khalid akan membawa perpecahan kepada PR.

Jika Anwar menang di Kajang dan Khalid enggan berhenti secara sukarela, maka akan timbul krisis politik dan pentadbiran di Selangor.

"Demi menghormati prinsip demokrasi dan kestabilan politik berterusan di Selangor, rakyat Selangor perlu memastikan rancangan Anwar itu gagal," katanya.

"PR dalam bahaya di Selangor, permainan politik yang digunakan hari ini akan hancurkan saingan PR pada BN serta rosakkan PR. Maka, kita perlu balik pada (perjuangan) asal," katanya.

Ditanya bagaimana untuk PR terus kuat di Selangor, bekas ahli PKR itu berkata, ia boleh dilakukan jika beliau menang kerusi DUN Kajang.


Menurut Zaid, mandat dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Khalid tidak boleh dikikis semata-mata menjaga kepentingan individu tertentu dalam PKR.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger