UNDI ANWAR IBRAHIM SEUMPAMA UNDI AMERIKA SYARIKAT


Rakyat Malaysia digesa menolak budaya Barat yang kini menular tanpa batasan di Malaysia seperti mana wujudnya budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

LGBT yang merupakan sebahagian budaya Barat telah menggesa Malaysia dan beberapa negara Islam lain menerima budaya mereka sebagai syarat untuk dianggap sebagai negara demokratik.

Menurut bekas Perdana Menteri, demokrasi pada pandangan mereka (Barat) waktu ini bukan setakat memilih kerajaan melalui undi majoriti tetapi juga harus menerima kebebasan tersebut.

"Bagi mereka, demokrasi mesti termasuk LGBT, maka ini adalah kelayakan tambahan untuk menjadi negara demokrasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pengajian Keamanan Global Mahathir (MGPS) di Institut Hubungan Luar dan Diplomasi.

Kelayakan tambahan Barat yang mahukan negara-negara kecil menerima LGBT tersebut kini sedang dipaksakan oleh Barat terhadap negara Islam termasuk mahu pemimpin yang menyokong kebebasan berkenaan.

"Kita boleh terima demokrasi iaitu memilih pemimpin dengan mengundi tetapi jangan memaksa kita untuk mengatakan kita bebas berjalan telanjang sebagai hak kebebasan," katanya.

Demokrasi perlu mempunyai nilai toleransi seperti diamalkan di Malaysia apabila pelbagai kaum menghormati budaya dan pandangan kaum lain.

Katanya, mungkin demokrasi adalah sistem terbaik ketika ini tetapi ia tidak boleh dipaksakan untuk diamalkan ke atas sesebuah negara.

"Masalah di dunia sekarang, negara Barat memaksa semua orang mesti menjadi demokratik dan jika tidak mereka akan dibunuh," katanya.

Beliau berkata, negara Barat ketika ini mahu melakukan perubahan rejim terhadap negara-negara Islam agar menjadi pro-Amerika Syarikat.


"Di Syria, Malaysia dan di mana-mana negara sekali pun, Barat mahukan supaya kerajaan pro-Amerika. Kalau kita nak kerajaan pro-Amerika undilah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger