TONY PUA: JIKA ANWAR IBRAHIM KALAH DI DUN KAJANG LUPAKANLAH NAK JADI PERDANA MENTERI


Seolah-olah meminta simpati penduduk Kajang, Pengerusi DAP Selangor mahu pengundi Kajang yang menyokong Anwar Ibrahim mahupun penyokong tegar Pakatan Pembangkang memberi undi kepada calon PKR, Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang pada Mac nanti.

Menurut Tony, PRK DUN Kajang adalah penyambung hayat kepada PR menjelang PRU14.

Medan PRK DUN Kajang adalah loncatan untuk Pakatan Pembangkang 'merampas' Putrajaya, namun jika Anwar kalah di DUN tersebut, maka Pakatan Pembangkang 'terpaksa' melupakan hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya seterusnya melupakan hasrat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

"Risikonya sangat tinggi, oleh itu kita perlu berwaspada.

"...kerana kalau Anwar Ibrahim kalah, kita 'terpaksa' lupakan PRU14, Ubah dan sebagainya," katanya ketika Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya.

Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan 27 Januari lalu.

Tiada pilihan melainkan mencatat kemenangan. Dan, pastinya penduduk dan pengundi Kajang mahu melihat sejauh mana kebajikan dan pembangunan yang bakal mereka peroleh sekiranya ADUN itu datangnya daripada Pakatan Pembangkang.


Sejarah sebelum ini telah mengajar mereka bagaimana ADUN PKR, Lee Chin Cheh mengguris hati mereka kerana melepaskan jawatan ADUN tanpa sebarang jasa kepada penduduk DUN Kajang selepas PRU-13.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 12, 2014 at 10:46 AM

Bodohlah pengundi Kajang jika memilih Anwar. Peribadi Anwar kena diambil kira jika hendak dipiilih sebagai pemimpin. Orang cina memang tidak kisah soal peribadi tetapi kena ingat juga adakah Anwar seorang yang memegang pada janji. Fikir dulu sebelum bertindak.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger