TERKINI: PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD SAH AKAN MELETAK JAWATAN KETUA MENTERI SARAWAK


Desas-desus mengatakan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berundur daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak dalam masa terdekat kian benar apabila Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB yang berlangsung selama hampir 5 jam menjadikan pengunduran dan prospek pengganti menjadi agenda utama mesyuarat.

Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dalam sidang medianya selepas selesai Mesyuarat MKT PBB berkata Abdul Taib mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan pada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti serta kaukus khas menentukan siapa pengganti.

Bagaimanapun dalam mesyuarat hampir lima jam itu, MKT dan kaukus memutuskan memulangkan kuasa menamakan pengganti kepada Abdul Taib.

Mengikut aturan Mesyuarat MKT PBB itu sememangnya benar dan mengikut peraturan sejajar dengan perbincangan yang menentukan masa depan dan hala tuju PBB dan BN Sarawak selepas pertukaran jawatan Ketua Menteri.

Taib Mahmud yang telah memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981 lagi telah berjaya membawa pembangunan dan kemajuan kepada Sarawak sehingga apa yang dinikmati sekarang sukar untuk digambarkan 30 tahun lepas.

Biarpun masih banyak lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan selepas ini dalam membawa Sarawak maju menjelang tahun 2030, Taib Mahmud percaya penggantinya itu akan meneruskan kesinambungan politik pembangunan yang menjadi acuan kepada kemakmuran rakyat di Sarawak.


Apa sahaja keputusannya selepas ini, Sarawak pasti akan tetap membangun seperti mana yang digariskan oleh kepimpinan BN Sarawak bersama BN Pusat dalam membawa Malaysia maju menjelang tahun 2020.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger