TERKINI: HANYA 70 ORANG SAHAJA YANG DENGAR CERAMAH NIZAR JAMALUDDIN



Ceramah politik anjuran PAS bertemakan ‘Nasib Rakyat Pasca PRU-13’ yang bertempat di Markas PAS, Matang Jaya hanya dihadiri 70 orang ‘rakyat’ sahaja dengan kebanyakan mereka terdiri daripada guru-guru daripada Semenanjung Malaysia dan pelajar-pelajar UNIMAS.

Biarpun PAS menampilkan nama besar Pengerusi PAS Perak yang juga bekas Menteri Besar Perak selama 6 bulan, Nizar Jamaluddin namun sambutannya tetap hambar. Ini jelas rakyat Sarawak menolak PAS dan Pakatan Pembangkang tempatan mahupun dari Semenanjung.

Publisiti dan promosi ceramah ‘Nasib Rakyat Pasca PRU-13’ ini telah dimulakan sejak lebih dua minggu lagi khususnya menggunakan media sosial seperti facebook dan blog bagi memberitahu orang ramai akan ceramah ini.

Tidak cukup dengan itu, penganjur juga telah menampal poster ceramah di perhentian bas di sekitar Petra Jaya dan Kuching selain meletakkan flyers ceramah di kereta-kereta pengunjung pasaraya.

Hasilnya tetap sama malah lebih teruk berbanding ceramah-ceramah politik lain anjuran Pakatan Pembangkang yang pernah diadakan di Sarawak.


Seperti biasa Nizar mainkan banyak isu negatif mengenai UMNO yang berlaku di Semenanjung sekaligus mencemar imej BN.

Lebih mengejutkan Pengerusi PAS Perak itu mengumumkan PKR akan bertanding bagi menghadapi PBB-BN sekiranya PRK D Balingian diadakan. Ini pastinya menyakitkan hati PAS Sarawak khususnya Pemuda PAS Sarawak yang turut berminat meletakkan calon di kawasan itu.

Lebih angkuh, Nizar memberitahu Pakatan Pembangkang akan menang dalam mana-mana PRK yang diadakan sebelum ini. Begitupun situasi terbaru di DUN Kajang jelas menjejaskan kreadibiliti PKR dan Pakatan Pembangkang yang sengaja mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi menyelesaikan masalah dalaman PKR.

Ceramah yang dijadualkan diadakan pada jam 8.30 malam itu terpaksa ditunda hampir sejam disebabkan menunggu kehadiran Nizar Jamaluddin. Kebanyakan mereka yang hadir ke majlis ceramah politik ini adalah penyokong tegar PAS dan Pakatan Pembangkang juga pelajar-pelajar UNIMAS yang menjalankan tugasan luar kuliah mereka.

Melihat kepada isu yang diceramahkan Nizar sedikitpun cuba mempengaruhi rakyat Sarawak biarpun terpaksa berbohong mengenai sesuatu isu yang hendak disampaikan.


Kepada Nizar, orang Sarawak tidak bodoh sebaliknya cerdik kerana tidak pergi ke ceramah anjuran PAS itu.
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
February 16, 2014 at 1:36 AM

tak sedar diri..

Anonymous
February 16, 2014 at 7:31 AM

PAS ADALAH PARTI ISLAM, BUKAN PARTI YANG JAHANAMKAN ISLAM.....BETUL TAK ?

Anonymous
February 16, 2014 at 9:32 AM

Buang jaaa cikgu2 semenanjung tu...

Suruh jadi guru di penang mintak kija sama guan eng...

Tak tau di untunggg.... bodo mcm taikk

Anonymous
February 16, 2014 at 5:54 PM

Pas parti munafik.... keahliannya penuh dgn puak puak syiah, wahabi dan parasit munafik.

February 17, 2014 at 9:52 AM

Kelaziman jarang kita memuji kegiatan/program/pandangan/buah fikiran/etc pihak2 yg kita tak suka.Bahkan kita dah ada mindset terhadap pihak yg kita tak suka tadi.Sama jugalah dlm politik.Jarang kita nak dengar ceramah politik PR.Begitu juga penyokong2 PR pun jarang atau tak dengar langsung ceramah BN.Utusan Malaysia,RTM dan TV3 pun mereka sabotage,tak baca tak mahu menonton.(Tetapi ada juga yg curi2 menonton - jika ada "live" bolasepak!!)

Apapun itu pilihan kita.

PAS pispus nampaknya tiada sambutan di Kuching (bukti dari gambar di atas - jika bukan camera trick..hehe.Admin org adil).Ceramah Pas sama saja dgn PKR dan Dap.Kalau tak mengutuk BN maka tak sah ceramah.Mereka saja yg betul,hebat.Semua kerajaan BN buat tak betul,zalim.Tetapi bila Guan Eng huruhara dan robohkan gerai2 peniaga2 kecil org Melayu di P.Pinang penyokong Pakatan tak sebut langsung.PAS senyap saja bila Teresa Cork menghina Melayu dan Islam baru2 ni.Ada Nizar berani ceramahkan isu2 tersebut? bo liau.

Minta admin tulis juga tentang apa 3/4 penceramah lain sebut malam tu.Ketua Paspus SWak ada idea kah nak majukan ummah?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger