TEKI-TEKI KETUA MENTERI SARAWAK BAHARU TERJAWAB: TAN SRI ADENAN SATEM


Tepat jam 3.25 petang tadi Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah memaklumkan hasrat pengunduran jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak di Astana Negeri.

Majlis turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, Menteri Kewangan 2 dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, Dato’ Seri Wong Soon Koh, Menteri Kemajuan Tanah merangkap Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Tan Sri William Mawan ak Ikom serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.

Dalam sidang media, Taib telah menyatakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak dan jawatan lain dalam kabinet setelah menerajui Sarawak sejak tahun 1981.

Pengunduran itu berkuatkuasa pada 28 Februari 2014 ini dengan penggantinya akan diambilalih oleh Tan Sri Adenan bin Satem juga pada tarikh berkenaan.

Beliau telahpun memaklumkan perkara ini kepada TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak dalam pertemuan tertutup hampir setengah jam di Astana Negeri Sarawak.

Pengumuman itu sekaligus menamatkan spekulasi yang bermain di media massa, media elektronik mahupun di media maya juga di kedai-kedai kopi, siapakah Ketua Menteri Sarawak yang baharu?

Mengenai hasrtanya mahu berundur, Taib menyatakan ia sudah lama difikirkannya sejak tahun 2011 lagi, tetapi inilah masa yang sesuai untuk dirinya berundur dengan kestabilan politik Sarawak selepas kemenangan mutlak dalam PRN Sarawak Ke-10 April 2011 dan diikuti PRU-13 Mei 2013 lepas.

Bagaimanapun pengunduran beliau daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak tidak mengubah perancangan dan cadangan yang telah diilhamkan beliau dalam memajukan Sarawak khususnya SCORE dan TEGAS serta perancangan lain khususnya pembangunan di kawasan luar bandar.


Pengunduran ini akan memberikan lebih banyak masa kepadanya untuk menikmati kehidupan seperti orang lain dengan meluangkan masa bersama anak-anak dan cucu-cucu serta memandu kereta sport dengan kelajuan tinggi.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 12, 2014 at 7:39 PM

Pilihan bagus dari YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud - SYUKUR ALHAMDULILLAH!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger