SUDAH TERLAMBAT BUAT ABDUL HADI AWANG !!!


Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah terlewat.

Menurut Mohd. Shamsul, dakwaan pemimpin PAS itu berkait 'calon pil kuda' dalam PRU lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.

Saman dan bawa kes ke mahkamah itu benar-benar menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.

"Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

"Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu.

Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.


"Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger