SAIFUDDIN NASUTION: AKHBAR THE STAR KARUT


Desas-desus peletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil laih jawatan itu tersebar luas di kalangan penyokong pembangkang dan rakyat Selangor.

PKR juga menafikan dakwaan wujudnya surat peletakan jawatan yang akan ditandatangani Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebaliknya berkata, kewujudan surat itu hanya disifatkan tidak munasabah.

"Akhbar (The Star) yang melaporkan itu adalah akhbar karut, tidak memetik daripada sumber sahih dan ada autoriti, tapi rujuk kepada sumber parti yang kita tidak tahu siapa orangnya.

"Walaupun akhbar itu memetik sumber tertinggi dan sebagainya, saya katakan semua itu karut. Sudah pasti sumber autoriti kita akan merujuk kepada Presiden, Ketua Umum, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan pimpinan tertinggi parti,"

Terdahulu, sebuah media tempatan melaporkan Abdul Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan PKR.

Surat sulit itu didakwa merupakan sebahagian daripada pelan untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.

Berdasarkan laporan akhbar itu, surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.

 "Jika akhbar itu mahu mereka cipta benda (berita) karut itu, kita tiada kawalan ke atas mereka. Cuma kita bersimpati dengan apa yang dibuat oleh akhbar itu.


"Tumpuan kita adalah untuk kemenangan di Dun Kajang dan menghantar Anwar ke DUN Selangor serta mengukuhkan Selangor sebagai platform negeri di bawah Pakatan Pembangkang ke arah melonjakkan lagi peluang mengambil alih Putrajaya dengan objektif yang lebih jelas.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger