#DAPbiadap RUPANYA TERESA KOK INI PERNAH SELEWENG WANG DAP


Di sebalik keceloparan mulut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam video clip Tahun Baru Cina yang dimuat naik dalam You Tube, rupa-rupanya Teresa Kok ini pernah menyeleweng wang DAP.

Ini susulan daripada pendedahan bekas pembantu peribadinya, Tony Tan bersama bekas Pengerusi Cawangan Seputeh, Wong Choo Chieang yang mempersoalkan isu penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU13 lalu di mana modalnya sebanyak RM40,000 dikeluarkan dari akaun parti, bagaimanapun Teresa mengatakannya hasil tajaan pihak tertentu.

Menurut Tony, patung berkenaan dijual dengan harga RM20 sedangkan kos hanya RM6 sahaja bermodalkan RM40,000 duit akaun parti.

“Jadi saya mahu persoalkan ke mana hasil jualan dan jika benar modal yang dikeluarkan adalah hasil tajaan, siapa yang menaja? Dan, mengapa Choo Chieang mengakui ada mengeluarkan kos berkenaan dari akaun parti,” katanya.


Tony juga mahu Teresa bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan dan memberikan penjelasan.

“Sebelum ini dia sering menafikan kenyataan yang saya buat, setelah dia mendakwa saya dipecat kerana menyalahgunakan wang, sedangkan saya telah letak jawatan.

“Saya cabar dia saman saya, dan saya akan bawa perkara ini untuk laporkan kepada ROS dan SPRM minggu depan,” katanya.

Dalam pada itu, Choo Chieang berkata, dia tidak pernah mengetahui bahawa patung berkenaan telah ditaja namun mengakui pernah menandatangani cek bernilai RM40,000 kepada satu pembekal.

Dakwanya, perkara itu dinyatakan Teresa dalam satu mesyuarat ‘post-mortem’ yang dipengerusikannya (Choo Chieng) pada 21 Jun 2013.


Seperti biasa Ahli Parlimen itu enggan mengaku bersalah sebaliknya cuba untuk menyalahkan Tony Tan dan Wong Choo Chieng yang dikatakan cuba untuk mengacau-bilau hidupnya sebagai Ahli Parlimen.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 6, 2014 at 2:00 PM

Teresa COCK....Tangkap dan korek biji Kelintetnya bagi makan BABI.......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger