RAFIZI RAMLI TUNJUK ‘HERO’ KE ATAS JAWATAN TYT SARAWAK


Berjawatan sebagai Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebenarnya takut kepada tuntutan NGO’s Pulau Pinang sehingga berlakunya pertikaman lidah antara mereka bagi menyelesaikan suatu tuntutan yang melibatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Terbaru, Rafizi cuba menjadi hero apabila menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mempertimbangkan mana-mana calon bagi jawatan Yang di-Pertua (TYT) Sarawak bebas daripada siasatan salah laku rasuah dan penyelewengan.

Ini susulan daripada gesaan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pada Jumaat lalu yang menggesa YDPA menghalang pelantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Sarawak yang baharu.

Suhaizan menegaskan, Abdul Taib perlu dibersihkan dahulu daripada tuduhan skandal rasuah dan salah guna kuasa sebelum diangkat menjadi TYT.

Perkara itu juga timbul apabila Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Sabtu lalu mencadangkan pelantikan itu sebagai menghormati jasa dan sumbangan tertinggi Abdul Taib.

Memetik kepada kenyataan Rafizi itu beliau merujuk kepada laporan Sarawak Report yang baru-baru ini menguatkan lagi tuduhan salah laku itu melibatkan sebuah syarikat milik adik kepada ketua menteri itu berhubung urus niaga balak di Sarawak.


Seperti yang sedia maklum Sarawak Report telah menjadikan Taib Mahmud sebagai sasaran utama dan dibiayai oleh pembangkang di Malaysia dan tidak hairanlah pembangkang menggunakan segala dokumen sebagai bukti yang semestinya belum tentu kesahihannya.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
February 13, 2014 at 11:34 PM

Siapa KAMU yang hendak MENASIHATKAN Yang DiPertuan Agung....?

Anonymous
February 14, 2014 at 7:17 AM

kalau berani ... datang sarawak la!!!! cakap depan-depan dgn kami .... jangan jadi pondan mcm .....

February 15, 2014 at 6:01 PM

Kita jemput Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan datang ke Kuching.Kita boleh bincang.Sila jumpa dgn Pemuda PBB utk buat temujanji.Dipersilakan.

Anonymous
February 16, 2014 at 1:39 AM

Kami rakyat yang mahu beliau jadi TYT kamu apa peduli.Kamu jaga buntut bos kamu aje tak payah jaga hal orang lain.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger