RAFIZI RAMLI TIDAK HIRAUKAN RINTIHAN SUARA NGO’s DAN RAKYAT PULAU PINANG MOHON BANTUAN


Jika benar mahu menolong atas nama ‘rakyat’, kenapa apabila beberapa badan bukan kerajaan (NGO’s) di Pulau Pinang mahu meminta ‘bantuan’ kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung masalah pemilik rumah di Kebun Bungah yang bakal diroboh oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Apakah disebabkan masalah ini berpunca daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang (pimpinan DAP sekutu PKR) maka ianya tidak dapat atau tidak boleh ditolong?

Rafizi yang berada di Bukit Gedong semalam bagi menyampaikan ceramah berkenaan Tolak GST-Turun Harga Barang.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, kumpulan NGO terbabit dikatakan mahu berjumpa dengan Rafizi secara aman tanpa sebarang provokasi bagi meminta bantuannya menyelesaikan masalah seorang pemilik rumah di Kebun Bungah yang bakal diroboh oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.

Kumpulan NGO terbabit yang terdiri daripada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan) dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dilihat cuba menghampiri Rafizi ketika Ahli Parlimen Pandan itu sedang ditemuramah wartawan.

Seorang daripada mereka menyerahkan sekeping surat kepada Rafizi dan memintanya membantu bagi menghalang kerja perobohan yang dikatakan akan dilakukan pada 28 Februari ini.

Difahamkan, tindakan NGO terbabit meminta pertolongan Rafizi berikutan kerajaan negeri tidak memberi sebarang pampasan atau rumah ganti kepada pemilik terbabit.

Suasana bertukar kecoh apabila Rafizi terus berlalu pergi selepas menerima surat berkenaan dan kumpulan NGO dilihat cuba menghalangnya sambil menjerit meminta pemimpin PKR itu memberi perhatian masalah yang dihadapi rakyat Pulau Pinang selepas mendakwa kerajaan negeri gagal membelanya.

"Di mana hak orang Melayu di Pulau Pinang. Kami minta perkara ini diberi perhatian" itu antara perkataan yang dilaungkan kumpulan NGO terbabit.

Rafizi yang terkejut sebaik dihampiri kumpulan terbabit terus berkata "Tunggu, bagi saya semak dulu dan tak perlu bising-bising, hari sudah malam".

Apakah Rafizi tidak boleh meluangkan masa walau 10 minit bagi mendengar permasalahan daripada mulut pemimpin NGO’s itu? Apakah bila berceramah sehingga berjam-jam boleh pula konon untuk membantu rakyat, tetapi untuk mendengar keluhan rakyat jauh sekali.


Nampak sangat Rafizi ini takut kepada tokong Lim Guan Eng yang dilihat sangat berkuasa bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan di dalam Pakatan Pembangkang itu sendiri sehinggakan Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR terpaksa akur dan tunduk bila mendengar nama Lim Guan Eng.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 9, 2014 at 11:19 PM

Ini la budak berhingus jadi pemimpin. Memang la salah BN sebab wakilnya tewas di PRU 13. Tapi yang pi pangkah dia sapa? Sekarang padan muka. Ha ha ha PARTI KELENTONG RAKYAT!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger