PROFESIONALKAH PROFESION GURU JIKA TERLIBAT DALAM HIMPUNAN MANSUH PELAKSANAAN SISTEM APLIKASI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)?


Akibat rasa tidak puas hati terhadap sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kini sedang dilaksanakan di sekolah yang membabitkan guru-guru, suatu himpunan ‘haram’ telah dirancang pada 22 Februari ini di Putrajaya.

Tindakan ini suatu yang tidak bermoral dan berjangkit hasil daripada didikan Pakatan Pembangkang yang gemar berhimpun dan melancarkan demonstrasi.

Sebagai guru yang mempunyai pendidikan tinggi dan dihormati seharusnya berfikiran wajar dalam apa jua perbuatan atau perlakuan supaya dicontohi. Janganlah hanya disebabkan rasa tidak puas hati yang membelenggu jiwa biarpun gaji dan elaun besar maka perbuatan dan tindakan di luar batasan dilakukan.

Sebaliknya, himpunan haram itu sebagai dakyah pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan dan menggugat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semata-mata, demi kepentingan diri.

Jika PBS ini dijadikan bahan politik Pakatan Pembangkang maka terjejaslah sistem penyampaian dan pelaksanaan pendidikan di Malaysia. Yang menjadi mangsa dalam keadaan ini bukanlah guru, tetapi pelajar dan murid.

Sehubungan itu Yang Dipertua Majlis Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia (MPPDM) Shafruddin Ali Hussin mengingatkan setiap pengetua dan guru besar melalui infoblast, khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatsapp, e-mel dan surat supaya memastikan guru-guru tidak terlibat dalam perarakan.

Biarpun tidak bersetuju himpunan berkenaan kerana ia bukanlah cara terbaik untuk meluahkan ketidakpuasan hati kerana KPM sentiasa memberi ruang bagi menyuarakan pendapat.


Di Kuching, Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie dalam kenyataannya semalam turut menyeru warga pendidik yang berada di sekitar Putrajaya agar menjauhkan diri serta jangan menyokong tindakan kumpulan berkenaan yang dianggapnya menangguk di air keruh.

“KGBS membantah sekeras-kerasnya rancangan kumpulan yang berura-ura untuk menganjurkan perhimpunan memansuhkan PBS di Putrajaya pada 22 Februari ini.
“KGBS membantah atas alasan dikhuatiri perhimpunan itu nanti akan menimbulkan huru-hara seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan paling teruk ia akan menjejaskan imej warga pendidik di negara ini,” ujarnya.

Ahmad yang juga Setiausaha Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) Sarawak berkata perbuatan itu seolah-olah tidak menghargai usaha kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan pelaksanaan dan mengkaji semula PBS setelah mendengar rintihan guru.

Tambahnya, semua pihak harus memberi kepercayaan kepada kementerian untuk membuat kajian semula yang pastinya untuk kebaikan bersama.

Dalam pada itu beliau menggesa KPM memanggil kesatuan-kesatuan dan persatuan guru dari seluruh negara dalam sesi meja bulat untuk membincangkan perkara berkenaan seterusnya mencari resolusi terbaik menangani isu PBS.

“KGBS amat berharap Kementerian Pendidikan prihatin dengan cadangan ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Malah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata KPM akan mengkaji semula dan menangguhkan sehingga April pelaksanaan sistem aplikasi PBS selepas pelbagai aduan diterima daripada golongan guru.

PBS merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik.


Bagaimanapun, sejak tahun lepas, para guru mendakwa ia membebankan mereka berikutan sistem aplikasi pengkomputeran itu sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

February 17, 2014 at 8:54 AM

Apa sudah jadi dengan puak gru-grur yang selama ini ditatang oleh kerajaan tanpa memikirkan kaum pekerja yang lain walaupun dalam pentadbiran kerajaan yang sama.

Itu lah jadi nya jika puak poltik yang mengetuai pentadbiran perguruan yang memegang tampok sebagai menetri timnbalan dan sebagainya, kini adalah masa nya kerajaan mengubah dasar yang memebri peluang kepada tokoh pendidikan menjadi meneri pendidikan kerana kita telah nampak jasa seoraang tokoh pendidkan yang dilantik menjadi Menteri sewaktu era Tun Mahathir.

Dan lagi ini juga masa nya mengubah seluruh sistem pendidikan kearak memertabatkan bahasa melayu secara total dalam sistem pendidikan negara tanap perlu ambil tahu perana puak atau kaum lain, Jadi lah seperti negeri diselatan tanah air , Singapura yanag berani mengubah rentak yang berjaya menaikkan bahsa mandarin sebagai bahasa utama negara berkenaan. biar kita tertinggal kebelakang asalkan bangtsa terus kekal tidak hilang ditelan masa.

February 17, 2014 at 9:20 AM

Jgn kita mengutuk sedangkan perhimpunan "haram" belum pun berlaku.Kita tak tahu apa perkembangan seterusnya sehingga "hari" perhimpunan.Maka elok kita "reserve" kutukan terhadap guru2 kita. Tetapi kita kutuk penganjurnya. Siapa penganjurnya? Lazimnya golongan guru pasca Merdeka jarang2 mengadakan perhimpunan melawan arus polisi kerajaan.Jarang sekali.Mungkin ada golongan yg mengambil kesempatan tentang ketidakpuasan sesetengah guru berhubung PBS.Mungkin pihak PR atau NGO2 tertentu yg dah tak laku sejak PRU13.

Kita menyokong gesaan KGBS supaya guru2 jangan terlibat dgn perhimpunan tersebut.

Bukankah ada saluran di Kementerian Pendidikan (KPM) utk para guru dan Persatuan2 Guru menyalur ketidakpuasan mereka mengenai PBS?? Lagipun Menteri Pendidikan ialah TPM.Beliau sentiasa ada masa utk mendengar masalah begini.

Para guru tetap profesyenal sekalipun tak ikut "perhimpunan".

Anonymous
February 17, 2014 at 10:42 AM

Aku nak tgk satu sajer... Apakah yg ramai2 datang tue benar2 cikgu... @ unit amal... @ pak2 lebai yg diangkut ntah mane2 dtgnya... @ anak muda berambut panjang yg kononya penuh dgn idealisme perjuangan... Hehehe... Dan nk juga tgk klau2 ramai ke tak cikgu cikgi cina india yg join...

Anonymous
February 17, 2014 at 2:19 PM

wahai guru-guru sekerjaya dengan ku fikiran yang matang dan rasional tidak akan mengambil keputusan yang tergesa-gesa. Kita sudah dikenali seluruh antara dunia menerangi anak2 kita. apalah PBS satu cabaran yang enting untuk kita hadapi sebagai seorang guru. Jauhilah perbuatan yang tidak berfaedah ini.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger