#PRKDUNKajang BN WAJAR FOKUSKAN ISU KEKEJAMAN PKR TERHADAP PENGUNDI KAJANG DAN BUKAN ISU PERIBADI ANWAR


Inilah masa terbaik bagi BN dan komponennya ‘menelanjangkan’ PKR dan Pakatan Pembangkang yang kini banyak terpalit dengan isu-isu dalaman PKR yang jelas mengganggu rakyat.

Usah terlalu memainkan isu peribadi Anwar kerana ia sedikit pun tidak akan memberikan impak kepada kekalahan Anwar di PRK DUN Kajang nanti. Sebaliknya Anwar dijangkakan akan menang di DUN Kajang dengan bantuan dan sokongan pengundi Cina yang banyak memihak kepada DAP.

Menurut Anwar, sudah lima belas tahun kisah yang sama diulang tayang dan saya tidak pernah peduli pun. Malah, isu serang peribadi ini sudah pernah dimainkan ketika saya bertanding di PRK Permatang Pauh.

“Tapi adakah kerana takut diaibkan saya akan berundur? Tak boleh. Sebaliknya saya perlu atasi ketakutan itu.

PRU-13 sebelum ini telah menyaksikan Anwar telah diserang bertalu-talu berhubung masalah peribadinya namun masih menang di Parlimen Permatang Pauh.

Ini menunjukkan rakyat dan pengundi bukan melihat masalah peribadi itu sebagai sebab untuk menolak calon sebaliknya komitmen dan masalah dalaman parti serta perkara yang boleh merugikan rakyat menjadi taruhan utama pengundi.

Kejadian Anwar dihalau dan tidak diterima oleh kerajaan Jepun, kontroversi peletakan jawatan bekas ADUN Kajang yang telah melanggar kepercayaan pengundi Kajang dalam PRU-13 juga masalah dalaman Kerajaan PKR Selangor perlu diperbesarkan kerana ini merupakan impak yang cukup baik kepada undi PKR dalam PRK DUN Kajang.


Jadi, kepada BN gunakanlah kecerdikan yang ada pada diri dan bukannya menyerang keperibadian. Tentang masalah peribadi calon itu, biarlah mahkamah sahaja yang menentukan sama ada bersalah atau tidak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

February 7, 2014 at 10:12 AM

Assalam Bro

Setuju sangat... Kes kesalahan seksual biarkan sebab rakyat kat kampung pun dah tahu... Itu biar dia settle sendiri...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger