#PKRKacauBilau ZAID IBRAHIM JAWAB TUDUHAN SERANGAN DARIPADA RAFIZI RAMLI


Kini, bermulanya episod serangan peribadi Rafizi Ramli ke atas calon Bebas, PRK DUN Kajang, Datuk Zaid Ibrahim yang dahulunya pernah bersama Rafizi Ramli dan PKR.

Datuk Zaid Ibrahim dikatakan telah menyalahgunakan kuasa yang ada padanya dalam soal pemberian tender dan projek yang melibatkan kerajaan Negeri Selangor.

Jika sebelum ini, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin pernah menyerang peribadi calon BN demi kesungguhan untuk memenangkan calon PKR dalam PRK DUN Kajang, Anwar Ibrahim.

Terbaru, Rafizi telah membuka ruang dan peluang seluas-luasnya bagi menyerang peribadi Zaid Ibrahim yang ‘tahu’ segala macam helah PKR termasuklah Anwar Ibrahim.

Semua ini demi memenangkan Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang dan seterusnya dapat diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia pada PRU-14 akan datang.

Rafizi semalam mendakwa Zaid pernah menghantar dua emel kepadanya agar melobi projek pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan meminta Ahli Parlimen Pandan itu campur tangan dengan melobi Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan Zaid.


Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota Keadilan beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Datuk Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).

Pada 25 Jun 2010, dalam satu e-mel yang saya sertakan bersama, Datuk Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu.

Datuk Zaid Ibrahim juga ada menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.

Saya memaklumkan perkara ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi keputusan kerajaan negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.

Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas e-mel Datuk Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan kerajaan negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta kerajaan Selangor.

Sumber: The Malaysia Insider ‘Kredibiliti dan Zaid Ibrahim – Rafizi Ramli’

Menafikan perkara itu, Zaid berkata tiada kaitan dengan syarikat yang disebut Rafizi dan beliau hanya menulis emel itu agar dipertimbangkan cadangan pembangunan yang diajukan syarikat terbabit.

"Saya tegaskan di sini saya tidak ada kena mengena dengan dua syarikat yang dikatakan Rafizi. Saya tidak ada kepentingan, untuk diri sendiri, keluarga dan rakan. Saya hanya menulis emel bukan melobi.

"Saya (minta dipertimbangkan sebab saya lihat dia (syarikat tersebut) ada tanah untuk dibangunkan, apa yang luar biasa sangat tu? jadi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan Rafizi tidak pernah buat begitu? (beri sokongan)," katanya kepada wartawan semasa sidang media hari ini.

Zaid bagaimanapun menempelak Rafizi apabila tidak mendedahkan fakta sebenar iaitu syarikat yang cuba dikaitkan dengan beliau itu, gagal mendapat apa-apa projek daripada kerajaan negeri Selangor.

"Satu masalahnya ada masalah untuk dibangunkan oleh kerajaan negeri sebab ada masalah memenuhi syarat kerajaan negeri, itu sahaja.

"Kenapa Rafizi tidak dedahkan adakah apa yang saya ajukan itu diluluskan atau tidak," tegasnya.

Beliau menambah, ketika emel itu dihantar, jawatan Rafizi hanyalah pembantu Anwar dan bukannya pembuat keputusan bersabit projek-projek kerajaan negeri.

"Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus jumpa dengan Menteri Besar atau Exco, bukan budak pejabat Anwar," katanya.

Justeru Zaid menyifatkan tindakan Rafizi yang cuba memburukkan imejnya menjelang PRK DUN Kajang, sebagai 'berhati busuk' dan 'budak suruhan' Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Bekas Naib Presiden PKR itu turut menegaskan, rekodnya di dalam kabinet serta intergritinya jauh lebih bersih jika dibandingkan dengan Anwar.

Justeru, Zaid menasihatkan Rafizi agar tidak berlagak sebagai 'hero' hanya kerana sudah menjadi Ahli Parlimen Pandan.


Sumber: http://halilintar56.blogspot.com/ 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger