#PKRKacauBilau KETUA WANITA PKR ZURAIDA KAMARUDDIN RAMAL MAJORITI UNDI PKR AKAN TURUN


Berani sungguh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin meramalkan undi ‘bos’nya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang akan menurun.

Berbeza dengan Anwar sendiri yang yakin majoriti undi PKR dalam PRK DUN Kajang nanti akan meningkat disebabkan isu kenaikan harga barang yang tidak dapat dibendung kerajaan pimpinan Najib Razak.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin berkata, walaupun Anwar nampak berada dalam kedudukan baik, tetapi beliau mungkin mengalami penurunan majoriti undi.

Lebih dahsyat lagi, Zuraida memberitahu penurunan undi yang bakal diperoleh Anwar nanti disebabkan masa PRK yang tidak sesuai dengan penganjurannya menyusahkan rakyat khususnya rakyat Kajang.

"Anwar ialah pemimpin nombor satu dan menetapkan sasaran supaya undi majoritinya mencecah 10,000.

"Pandangannya adalah silap. Jangan lupa PRK Kajang adalah sesuatu yang disengajakan, ia menyusahan rakyat demi menyelesaikan masalah parti," katanya lagi.

Menurutnya, PKR akan malu sekiranya berlaku penurunan majoriti undi lebih-lebih lagi ia ditandingi oleh pemimpin nombor satu PR.

"Andaikan Anwar mendapat sokongan Cina tetapi Melayu tidak menyokong, beliau tetap akan kecundang," ujarnya.

Tambah beliau, hasratnya untuk menjadi Menteri Besar sekiranya menang pada PRK tersebut juga sia-sia sekiranya tidak mendapat mandat dari Sultan Selangor.

"Jika saya ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi tetap tidak dapat membuat membuat keputusan antara Anwar dan MCA, maka saya akan membuang undi rosak. Jumlah undi rosak yang tinggi mungkin memberi amaran kepada calon.

"Gabungan Bersih sendiri telah mempertikaikan PRK Kajang dan berpendapat Anwar harus memberi penjelasan kepada rakyat," katanya lagi.

PRK Kajang akan berlangsung pada 23 Mac ini dimana 48.5 peratus pengundi terdiri daripada pengundi Melayu, 40.44 peratus pengundi Cina dan masing-masing 10.15 dan 0.91 peratus terdiri dari bangsa India dan lain-lain kaum.


Bekas penyandang ADUN Kajang Lee Chin Cheh memenangi kerusi tersebut pada PRU13 dengan 19,571 undi, 6,824 undi lebih tinggi berbanding calon Barisan Nasional (BN) dan empat calon bebas.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger