#PKRKacauBilau ISU PENAMATAN KONTRAK 22 KAKITANGAN PKNS HANTUI KERAJAAN PKR SELANGOR DAN JEJAS PELUANG ANWAR IBRAHIM


Melihat kepada kronologi pemecatan 22 pegawai dan kakitangan kontrak PKNS ternyata seolah-olah mereka ini diibaratkan sebagai bola yang disepak.

Desas-desus mengatakan 22 pegawai dan kakitangan PKNS kontrak yang dipecat itu mempunyai kaitan dengan kedudukan Azmin Ali, Pengerusi PKR Selangor ketika masih di dalam Lembaga Pengarah PKNS.

Selepas Azmin Ali dipecat daripada jawatan Lembaga Pengarah PKNS dan tidak lama selepas itu 2 orang pegawai tertinggi PKNS ditukarkan jawatan atas tanggungjawab (pemecatan Azmin Ali) kini sedikit demi sedikit temberang yang berlaku dalam PKNS telah dibongkarkan.

Bagi Azmin Ali, beliau melihat Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mempergunakan PKNS sebagai senjata politik sekali gus melanggar prinsip Pakatan Pembangkang.

Menurutnya, pemecatan kakitangan PKNS oleh Abdul Khalid adalah bercanggah dengan prinsip yang diamalkan PR.

"Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan Pakatan Pembangkang di  Selangor iaitu semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah dan belas kasihan.

"... pemecatan secara tiba-tiba akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, pemberian dua bulan gaji hanya bersifat penghinaan.

"Saya menyeru kuasa-kuasa berkenaan dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi tindakan yang tidak bertimbang rasa.

Susulan daripada sikap tegas Azmin Ali itu, Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak akan menarik balik surat penamatan kontrak kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) walaupun menerima kecaman Azmin Ali.

Ditanya mengapa Azmin mengeluarkan kenyataan seperti itu, Abdul Khalid berkata beliau tidak boleh memikirkan tentang kenyataan orang lain kerana apa yang lebih penting ialah sama ada tindakan tersebut dibuat untuk kebajikan rakyat Selangor.
  
"Perkara ini (penamatan kontrak) ialah di bawah enakmen dan ia tiada kena mengena dengannya (dakwaan Azmin). Kalau PKNS ingin lakukan satu kerjaya yang berterusan, PKNS mesti ikut lunas corporate governance (tadbir urus korporat), integriti dan kebertanggungjawaban," katanya.
  

Selasa lepas, PHSB dilapor menamatkan perkhidmatan 22 kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa sehari sebelum itu. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger