#PKRKacauBilau AKHIRNYA BEKAS BANDUAN ANWAR IBRAHIM KE JEPUN


Setelah dimalukan kerajaan Jepun Januari lalu, akhirnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan akan mengadakan semula lawatan ke Jepun bagi menghadiri forum "Muslim Democrat".

"Saya terima pelawaan itu dan mahu teruskan forum tersebut pada 26 Februari ini bagi kepentingan negara Islam berdemokrasi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pihak Sasakawa Peace Foundation.

Pada 19 Januari lalu, Anwar telah ditahan oleh pihak berkuasa Imigresen Jepun daripada memasuki negara itu sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Seperti biasa, Anwar menyalahkan kerajaan Malaysia terhadap kegagalannya memasuki Jepun biarpun ia berpunca daripada kesalahan lampaunya sebagai bekas banduan.

Anwar dalam responsnya mendakwa, kerajaan Malaysia telah memberikan laporan terbaru termasuk skandal kepada kerajaan Jepun menyebabkan beliau dihalang memasuki negara tersebut secara sah.

Namun Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai sebelum ini dipetik sebagai berkata, Anwar dilarang memasuki Jepun kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.


Namun, Jiro Hanyu hari ini memberi jaminan insiden yang memalukan itu tidak akan berulang lagi dan pihaknya bertanggungjawab di atas kesilapan teknikal yang menghalang Anwar memasuki negara matahari terbit itu.

"Saya tidak berpuas hati dengan insiden itu dan saya akan meminta pihak terbabit buat penjelasan lanjut dan memohon maaf kepada Anwar Ibrahim.

"Saya hos program itu dan saya bertanggungjawab terhadap insiden yang sangat memalukan itu dan berharap ia tidak menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Jepun," katanya.


Pada hakikatnya hubungan Malaysia dan Jepun telah terjejas ekoran kebiadapan penyokong PKR dan AMK yang membakar bendera Jepun di hadapan kedutaan Jepun sebaik sahaja menyerahkan memorendum.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger