PKR PERTAHAN TERESA KOK TAPI TIDAK PEDULIKAN DAGING KHINZIR DI MASJID


Timbalan Speker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kejadian simbah cat merah dan bangkai ayam yang dilempar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh berpunca daripada tindakan NGO pro BN yang membuat tawaran menampar pemimpin tersebut.

Bagaimanapun itu hanya dakwaan Nik Nazmi yang bertujuan membela Teresa Kok yang sehingga kini enggan meminta maaf di atas video Tahun Baru Cina Teresa ‘Onederful Malaysia’ yang menghina Islam dan Raja-Raja Melayu.

PKR lebih menitikberatkan kejadian yang menimpa Teresa Kok berbanding insiden daging khinzir yang dilemparkan di sebuah masjid. Inilah perjuangan sebenar PKR dan Pakatan Pembangkang di Malaysia.

Begitu pun, beliau tidak membicarakan hal mengenai insiden menghina agama dan institusi rumah ibadat, termasuk yang terbaru kejadian pihak tidak bertanggungjawab melempar seketul daging, dipercayai daging khinzir, di sebuah masjid di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam.


Dalam kejadian Ahad lepas, seorang lelaki yang mahu menunaikan solat Subuh di Masjid Cherok Tok Kun Atas, Machang Bubok menemui seketul daging yang mencurigakan di hadapan pintu masjid.

Mengesyaki ketulan sebesar dua tapak tangan orang dewasa itu daging khinzir, Saad Arop, 78, yang juga pembantu imam masjid berkenaan membuat laporan polis.

Sehubungan itu tegas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin meminta semua pihak agar tidak memainkan isu agama dan menghina institusi rumah ibadat kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada negara.

"Jangan main isu keagamaan terutama melibatkan institusi rumah ibadat secara keterlaluan kerana ia boleh menjadi masalah negara. Setiap orang, termasuk ahli politik, sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu.


"Biar polis jalankan siasatan secara terperinci berhubung apa jua kes yang  berkaitan isu keagamaan dan institusi rumah ibadat. Saya nasihatkan orang ramai jangan buat spekulasi atau tuduhan terhadap mana-mana pihak.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 20, 2014 at 12:27 PM

Nik nazmi fikir fikirlah yang kau nak bela tu siapa ,atau kau dah jatuh hati dengan dia, Melayu tak sedar diri

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger