PETISYEN BANTAH CADANGAN PELANTIKAN PEHIN SRI MENJADI TYT SARAWAK TIDAK CERMINKAN KEHENDAK MAJORITI RAKYAT SARAWAK


Tindakan mengumpul petisyen menggunakan laman sesawang untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah cadangan pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak diyakini didalangi parti pembangkang.

Ini kerana hanya pembangkang sahaja yang tidak mempersetujui cadangan pelantikan Pehin Sri sebagai TYT Sarawak berbanding suara majoriti rakyat Sarawak yang bersetuju dengan cadangan itu.

Rakyat Sarawak berpendapat cadangan melantik Pehin Sri ke jawatan TYT Sarawak adalah bertujuan membalas kembali jasa dan pengorbanan Pehin Sri dalam memerintah dan membangunkan Sarawak selama 33 tahun sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak tahun 1981.

Bagi pemimpin politik Sarawak, tindakan pembangkang ini adalah sebagai cubaan mengalihkan perhatian umum daripada masalah dalaman dihadapi parti pembangkang sendiri yang semakin hari semakin menyerlahkan kelemahan mereka.

Adalah lebih baik pembangkang selesaikan masalah dalaman mereka sendiri berbanding cuba mencampuri urusan orang lain.

Cubaan mencampuri urusan orang lain itu memperjelaskan sikap ‘mereka’ secara tidak langsung memberi gambaran sebenar tentang amalan budaya politik mereka yang biadap dan angkuh.

Malah, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan kepentingan politik.

Rekod cemerlang menerajui Sarawak selama 33 tahun, malah berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan sejumlah RM28 bilion pelaburan sudah diterima di Koridor Tenaga Diperbaharui (SCORE) setakat ini menjadi cemburu bagi pembangkang.

Cubaan memburuk-burukkan pucuk kepimpinan negeri Sarawak, sebenarnya cemburu dengan kekuatan Barisan Nasional (BN) di Sarawak, kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati rakyat berbilang kaum di Sarawak.

Kepimpinan BN di Sarawak ingin meneruskan falsafah politik pembangunan yang akan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar dan ia hanya dapat dilakukan dengan persefahaman kukuh serta bantuan peruntukan dari kerajaan persekutuan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

February 21, 2014 at 9:24 AM

Itulah keje puak-puak nih... berselindung di sebalik NGO... selesaikan masalah kat Selangor dan Penang dulu lah...

http://gerakantimur.blogspot.com/2014/02/politik-sarawak-biarlah-anak-sarawak.html

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger