PENGUNDURAN TAIB MAHMUD SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK: ELAKKAN PERPECAHAN ERATKAN PERMAUFAKATAN


Benar kata orang, pemimpin datang dan pergi, tetapi janganlah disebabkan situasi itu ahli-ahli di bawahnya berpecah dan menanti belah.

Jika ditanya kepada pemimpin tersebut pasti jawapannya tetap sama iaitu mahukan ahli-ahli yang ada bersatu demi kesatuan negara bangsa yang berjaya.

Keputusan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berundur daripada jawatan Ketua Menteri Sarawak bukanlah cerita baharu dan pasti bulan ini klimaksnya akan menutup cerita ini seperti mana yang telah dimaklumkan Taib Mahmud sebelum ini.

Bercakap pasal pengganti, setiap di kalangan kita sama ada media, ahli parti, pemimpin politik, pemimpin pembangkang mahupun sesiapa sahaja hendaklah merestui sesiapa saja di kalangan pemimpin yang dipilih Taib Mahmud sebagai penggantinya.

Sebagai seorang yang banyak menghabiskan masa hidupnya dengan politik yang membantu rakyat, Taib Mahmud kenal dengan ‘bakal’ penggantinya.

Cuma sekarang ini bagaimanakah PBB sebuah parti dominan mampu mengembalikan perpaduan sesama ahli dan pemimpin parti selepas pengunduran Taib Mahmud? Inilah yang harus difikirkan mereka dan bukannya soal memikirkan siapa pengganti yang layak.

Seperti mana kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang BN Sarawak dilihat memiliki perpaduan yang cukup mantap, kemas, kuat dan banyak menyumbang jasa kepada Sarawak menerusi projek pembangunan yang dibawanya.

Namun apabila usia semakin lanjut, seseorang pemimpin itu juga perlu sanggup berundur untuk memberi peluang kepada orang lain.

"Saya harap siapa jua yang ganti (Taib) nanti akan dapat sokongan yang sama dan tidak ada permusuhan antara bakal pengganti," katanya.

Ditanya pandangannya jika pengunduran Taib akan memberi kesan kepada PBB, Dr Mahathir berkata sedikit sebanyak ia akan memberi kesan, namun menurutnya beliau yakin dengan perpaduan mantap yang dimiliki, parti itu akan terus cemerlang.

"Saya fikir PBB masih kuat. Kita seharusnya ambil kira soal parti juga, tidak kira siapa pemimpinnya. Parti ini (PBB) banyak berjasa kepada Sarawak, banyak pembangunan yang dilakukan oleh pemerintahan parti ini di bawah Abdul Taib Mahmud, saya yakin penggantinya juga akan dapat berbuat demikian nanti," katanya


Oleh itu jalan terbaik kini ialah BN Sarawak dan komponen BN yang lain memfokuskan kepada persiapan PRN Sarawak Ke-11 di mana tempoh penggalnya berakhir pada Jun 2016. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger