PENGERUSI HINDRAF P. WAYTHAMOORTHY MAHUKAN BAJET MASYARAKAT INDIA DILETAKKAN DI BAWAH KAWALANNYA



Pengerusi HINDRAF P. Waythamoorthy dibidas kerana menuding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya gagal melakukan perubahan terhadap masyarakat India di negara ini.

Sebaliknya Waythamoorthy sebaliknya perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal bekerja sebagai satu pasukan dan tidak efektif dalam membawa perjuangannya ketika diberi peluang menganggotai Kabinet.

Ini dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berikutan perletakan jawatan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dilantik bagi menjaga hal ehwal masyarakat India.

Khairy turut mendedahkan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertindak menuntut kesemua bajet kerajaan melibatkan masyarakat India untuk diletakkan di bawah kawalannya.

"Waythamoorthy ingin mengawal semua transaksi kewangan dan membelakangi kementerian-kementerian dan agensi kerajaan. Kerajaan tidak beroperasi sebegini. Apabila beliau tidak mendapat perkara tersebut, beliau berhenti dan menyalahkan Perdana Menteri," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Waythamoorthy hari ini yang mengambil jalan mudah menyalahkan kerajaan terhadap kemunduran masyarakat India di negara ini.

Meskipun pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini disifatkan pelbagai pihak sebagai sia-sia, Waythamoorthy tetap berusaha menegakkan benang basah apabila mendesak Perdana Menteri pula meletakkan jawatan.

Khairy turut menempelak Waythamoorthy bahawa semua perkara yang dikemukakan Waythamoorthy kepada Perdana Menteri selama ini telah diselesaikan termasuk isu perumahan masyarakat India.


Walaupun tanpa Waythamoorthy, kerajaan tetap komited dalam memajukan masyarakat India dan menyelesaikan isu-isu kaum tersebut termasuk pendidikan dan kemiskinan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger