PAS PUSAT JENGUK RAKYAT DI DUN BETING MARO


Seakan-akan memberikan signal kepada PKR bahawa PAS akan bertanding di DUN Beting Maro pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 akan datang.

Ini susulan daripada lawatan kerja Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ke Kampung Pusa dalam DUN Beting Maro pada 23 Februari lepas.

Presiden PAS yang diiirngi Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid; Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriajo Paijo; Setiausaha Perhubungan, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus; Ketua Penerangan PAS Negeri, Andri Zulkarnaen Hamden dan para anggota Lajnah Tanah PAS Pusat dalam rangka lawatan bersempena dengan Himpunan Tanah Sarawak.

Seperti mana-mana pemimpin politik, rombongan PAS Pusat itu mendengar taklimat isu-isu semasa khususnya peluang PAS untuk memenangi DUN Beting Maro pada PRN Sarawak kelak.

Selepas itu, rombongan PAS itu kemudiannya menziarahi rumah-rumah penduduk Kampung Pusa Tengah sebelum menyertai Program 'Santai Kopi Kaw' bersama Presiden PAS yang berlangsung di sebuah warung di Kg Pusa Tengah pada lewat petang.

Kesempatan Santai Kopi Kaw itu, Abdul Hadi Awang mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk di samping diberikan penerangan ringkas berhubung isu tanah rakyat Sarawak khasnya penghuni di Kampung Pusa.

Acara kemuncak PAS Pusat ialah ceramah umum Himpunan Tanah Rakyat Sarawak di Kampung Pusa Tengah.


Bagi menyerikan suasana dan menarik pengunjung datang ke ceramah itu, para penduduk dihiburkan dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan oleh bekas anggota kumpulan XPDC, Zuar.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 25, 2014 at 9:01 AM

Penduduk Sarawak, jangan lupa pesanan dari orang tua otak senget dibawah ni...

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," - Hadi Awe

Batang Ai tu dalam negeri mana?? Maknanya rakyat Sarawak yang tak undi PAS adalah kategori yang pakai cawat. Benarkah anda semua sebegitu?? Hukum PAS kalau mereka berhajat sangat nak bertanding di sana nanti...

February 27, 2014 at 10:02 AM

Penulis lebih suka jika PAS bertanding di semua kawasan majoriti Melayu.Mudahlah bagi PBB/Bn.Tak payah nak mencari strategi baharu.Apa2pun PBB pasti boleh menang.Sebabnya : buku rekod atau laporan prestasi PAS di Sarawak sejak bertapak di Sarawak teramat burok sekali.PAS tak pernah diterima pengundi Melayu.Pengundi bukan Melayu "jauh pakwi".

PAS dilihat sbg parti yg bermodalkan program2 keagamaan.Apabila masuk kampung yg pasti PAS akan "merampas" masjid atau surau.Mereka tidak hormat dgn org2 kampung.Kadang2 tanpa rasa malu dan membelakang budaya org kampung PAS nak juga melantik org2nya mengimamkan jemaah.JK Masjid/Surau tak jemput PAS menawar diri.Memang tak malu langsung.Tetapi komuniti kpg Melayu pd lazimnya menerima siapa saja yg nak berkunjung ke kpg2 mereka.Mereka sarat dgn budaya hormat menghormati tetamu.Maka Abd Hadi serta rombangannya boleh minum kopi di gerai kpg Pusa Tengah cara santai.

PAS hanya pandai menjual air liur basi.Pandai sekali bercakap tentang pembangunan.Ayat2 alquran serta hadis adalah mainan mereka.Tetapi hanya rhetorik.Nak hulur derma kpd tabung surau pun tak boleh! Tak payah cakap tentang nak bina surau.

Maka komuniti Melayu di kpg2 hendaklah menolak PAS.PAS tidak boleh dipercayai.(Dlm isu kalimah Allah PAS dan Nuwar Ibrahim pun tak nak sokong Melayu)PAS hanya membawa perpecahan di kalangan Melayu.

hanya sekadar pandangan 50sen

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger